
PENGHARGAAN Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak pada Khamis (21 Ogos) di portal rasmi SARA https://sara.gov.my oleh 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia.
Setiap pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang lahir pada 2007 dan sebelum akan menerima bantuan ini, termasuk penerima SARA sedia ada.
Tatkala kelayakan tersebut boleh disemak, ramai rupanya yang layak menerima bantuan SARA, namun tidak mengetahui status masing-masing.
BACA LAGI: SARA RM100: Beras, minyak masak dan detergen dalam 'list', cek barangan boleh dibeli
Ia hanya diketahui selepas semakan dibuat di pautan semakan penerima MyKasih SARA.
Rata-rata terkejut kerana mendapati ada baki berjumlah RM500 yang dikreditkan kerajaan setiap bulan sejak tarikh program bermula.
"Selama ini ingat tak dapat (MyKasih SARA). Nasib baik jumpa threads ada orang suruh muat turun aplikasi MyKasih.
"Mana-mana yang cek keluar baki RM0.00 maksudnya korang layak dapat RM100 one-off.
"Saya ni baki RM500 sebab dari bulan April hari tu lagi masuk cuma tak tahu. Jadi setiap bulan duit MyKasih masuk, memang tak guna untuk shopping.
"Ia (jumlah) terkumpul, that's why ada RM500," kata Wan Nurul Husna di Threads.
"Korang jangan confuse pula tau. Kalau yang tulis kat program tu 'Sumbangan Asas Rahmah 2025', itu baru layak dapat setiap bulan," komen Nanaaaa_87.
Penghargaan SARA dibuat secara one-off sempena Hari Kebangsaan dan boleh dimanfaatkan sehingga 31 Disember 2025, manakala MyKasih SARA adalah elaun bulanan tanpa tunai (cashless) yang dikreditkan secara automatik kepada penerima miskin dan miskin tegar di Malaysia.
Penerima boleh membeli lebih 100,000 barangan keperluan dalam 14 kategori.
Ini termasuk makanan asas seperti beras dan telur, kebersihan rumah, ubat-ubatan, keperluan sekolah dan kebersihan diri.
Dengan pelaksanaan program Penghargaan SARA, jumlah keseluruhan peruntukan di bawah program STR dan SARA telah meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion bagi 2025, 50 peratus lebih tinggi daripada RM10 bilion pada 2024. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram