[VIDEO] Pemandu beri 'double signal' nampak biasa tapi ada maksud tersendiri, mungkin ada yang tersenyum atau naik angin


  • Massa
  • Sabtu, 23 Ogos 2025

Penggunaan 'double signal' secara ringkas sebagai tanda terima kasih tidak menjadi kesalahan selagi dilakukan secara berhemah dan tidak mengganggu pemandu lain.

SEKELIP nyalaan lampu kecemasan atau 'double signal' sebagai tanda terima kasih sering kali mencetuskan senyuman, menjadikan jalan raya tempat lahirnya budaya sopan santun dan saling menghormati.

Kebiasaannya, pemandu menyalakan lampu kecemasan kurang daripada lima saat sebagai ucapan terima kasih kepada kenderaan lain yang memberi laluan.

Walaupun tidak termaktub dalam peraturan jalan raya, amalan tersebut dilihat mampu mewujudkan suasana pemanduan lebih harmoni dan membentuk budaya saling menghormati sesama pengguna.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kepala bayi putus dan jatuh ke lantai', ahli keluarga bongkar kejadian tragis keluarga malang di Tapanuli

BACA LAGI:  [VIDEO] Bermotifkan cemburu, pengurus bank diculik, dibunuh selepas rapat dengan rakan sepejabat

Seorang pengguna media sosial, Azneel Osman, berkata sikap ringan tulang pemandu yang memberi laluan dan tanda penghargaan itu mampu menceriakan hari sesiapa sahaja.

“Dia bagi signal, lepas tu bila kita bagi jalan, dia buka ‘double signal’, kita pula tersenyum sebab rasa buat kebaikan. Tolak ansur tak susah pun,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Ina Azlyena, berkongsi pengalaman yang sama dan menganggap amalan kecil itu memberi kesan positif walaupun berada dalam keadaan tertekan.

“Rasa seronok walaupun tengah stres, automatik senyum seorang diri. Terima kasih kepada orang beradab. Saya pula selalu balas dengan ‘high beam’ tanda sama-sama ucap terima kasih,” katanya.

Namun, menurut seorang pengguna Facebook Alena Syafiqa, tidak semua pengguna jalan raya memahami maksud nyalaan ‘double signal’ itu.

"Bukan semua tahu dan pasti yang keliru, malah menganggapnya tidak wajar digunakan ketika memandu, sekali gus boleh menimbulkan rasa marah atau salah faham lebih-lebih lagi kalau pemandu yang keluar simpang secara melulu," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan bahawa lampu kecemasan sepatutnya hanya digunakan ketika kenderaan berhenti atau dalam situasi kecemasan sahaja.

Penggunaannya secara ringkas sebagai tanda terima kasih tidak menjadi kesalahan selagi dilakukan secara berhemah dan tidak mengganggu pemandu lain.

Melalui perkongsian Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), masih ramai pemandu yang salah faham tentang penggunaan lampu kecemasan terutama ketika memandu dalam hujan lebat.

JSPT menegaskan, tindakan menyalakan lampu kecemasan ketika memandu dalam hujan bukan sahaja tidak membantu, malah boleh menimbulkan kekeliruan kepada pengguna jalan raya lain.

Kesilapan tersebut bukan sahaja mengganggu kelancaran lalu lintas, malah boleh meningkatkan risiko kemalangan apabila pengguna jalan raya lain tersalah anggap terhadap niat pemandu yang menyalakan lampu kecemasan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram