
SEORANG pengurus bank dilaporkan menjadi mangsa culik dan bunuh selepas dipercayai rapat dengan rakan sekerjanya di Jakarta, Indonesia.
Mangsa Ilham Pradita, merupakan ketua cawangan sebuah bank di Jakarta Pusat, diculik sekumpulan individu di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Susukan, Ciracas, Jakarta Timur pada Rabu.
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Umum Polda Metro Jaya, Asisten Komisioner Polis Charles Bagaisar, polis setakat ini menahan empat suspek yang disyaki terbabit dalam penculikan berkenaan.
BACA LAGI: Ibu Zara Qairina tidak pernah minta sebarang kutipan derma bayar peguam, khidmat secara pro bono
“Hasil soal siasat awal mendapati mereka mengakui menculik mangsa dari kawasan pasar raya tersebut,” katanya kepada media pada Jumaat.
SEORANG pengurus bank dilaporkan menjadi mangsa culik dan bunuh selepas dipercayai rapat dengan rakan sekerjanya di Jakarta, Indonesia.
Mangsa Ilham Pradita, merupakan ketua cawangan sebuah bank di Jakarta, diculik sekumpulan individu di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah. pic.twitter.com/uMLB0yxgRm
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) August 22, 2025
Bagaimanapun, Charles menjelaskan, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan kemungkinan penglibatan suspek lain dalam kes itu.
Mayat mangsa ditemukan pada Khamis di kawasan sawah di daerah Serang Baru, Bekasi.
Ketua Polis Serang Baru, Hotma Sitompul, berkata mayat mangsa ditemui oleh penduduk tempatan ketika sedang menggembala lembu.
“Ketika ditemui, mata mangsa ditutup dengan pita pelekat manakala kakinya diikat.
“Pemeriksaan turut mendapati terdapat beberapa kesan lebam pada tubuh mangsa,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Presiden Pengarah BRI, Hery Gunardi, mengesahkan bahawa mangsa merupakan salah seorang ketua cawangan bank berkenaan.
“Kami amat berdukacita dengan insiden ini. Berdasarkan rakaman video yang diperoleh, mangsa dipercayai diculik dari kenderaan sebelum dibawa pergi,
“Malangnya mangsa ditemui meninggal dunia pada pagi berikutnya.
“Polis masih menjalankan siasatan terperinci dan sebarang perkembangan positif akan dimaklumkan kelak,” katanya.
Terdahulu, memetik laporan media antarabangsa Detik.Com, empat suspek yang berjaya ditahan mengaku terlibat dalam penculikan tersebut.
Motif sebenar suspek membunuh mangsa tidak dapat dipastikan lagi selain dan sisatan awal tidak menolak kes tersebut bermotifkan cemburu.
Namun proses siasatan masih lagi dijalankan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram