
BAHANG sambutan Hari Kebangsaan yang bakal disambut pada 31 Ogos ini semakin dirasakan.
Dari tadika ke sekolah sehinggalah institusi pengajian tinggi, sambutan di setiap peringkat tentunya menyemarakkan lagi kemeriahan Hari Kebangsaan.
Di Kuching, seorang pereka fesyen, Razie Shahriman Mohd Ali berkata, dia gemar membuat rekaan kostum bertemakan hari Merdeka.
Menurutnya, sambutan itu memberi peluang untuk dia menggunakan kreativiti menghasilkan karya yang bukan sahaja melambangkan semangat patriotik malah menonjolkan kekayaan budaya Sarawak.
BACA LAGI: Cuba semak, ada 3 pasar raya paling mudah dicari belanja SARA one-off
Kostum rekaannya juga dalam warna-warna Jalur Gemilang selain turut diselitkan motif unik daripada pakaian tradisional masyarakat Sarawak yang berbilang bangsa.
“Kostum Merdeka saya yang paling istimewa ialah pakaian dengan kombinasi warna biru, merah, putih dan kuning yang digabungkan dengan buriek, pua kumbu dan songket,” kata Razie.
Buriek merujuk kepada cengkerang cowrie yang dijahit menjadi corak hiasan pada pakaian tradisional Iban, manakala pua kumbu ialah tekstil tradisional Iban.
Aziefitri menunjukkan cekak bertemakan Hari Merdeka dalam warna-warna Jalur Gemilang. — ZULAZHAR SHEBLEE / The Star
"Setiap helaian Merdeka ini menceritakan kisah tersendiri. Saya mahu orang ramai bukan sahaja melihat pakaian itu tetapi juga memahami budaya dan nilai yang mengilhamkannya," katanya.
Sementara itu, seorang suri rumah, Aziefitri Morni membuat aksesori cekak rambut dalam warna biru, merah, putih dan kuning yang merupakan warna Jalur Gemilang.
Cekak itu dihiasi dengan bunga raya, perkataan 'Merdeka' dan nombor 68 bagi melambangkan sambutan Hari kebangsaan kali-68 pada 31 Ogos nanti.
"Saya ternampak cekak seakan-akan sama di media sosial yang memberi ilham untuk membuat rekaan aksesori seperti itu.
"Ia untuk dipakai oleh kanak-kanak tadika di Kampung Lintang Baru, Serian," katanya.
Aziefitri berkata, dia memdapat permintaan daripada ibu bapa untuk membuat perhiasan kepala itu bagi dipakai oleh anak-anak mereka ketika sambutan di tadika masing-masing.
"Saya ambil masa kira-kira 30 minit untuk siapkan satu-satu tempahan," ujarnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram