
JENAMA kasut dan barangan kulit premium dari Denmark, ECCO, melancarkan kolaborasi istimewa bersama penyanyi dan penulis lagu, Yuna sempena sambutan Hari Kebangsaan negara yang disambut setiap 31 Ogos.
Bertemakan Made for Every Step, kempen tersebut mengetengahkan makna berjalan dalam kehidupan dengan kekuatan dalaman, rasa bangga terhadap budaya dan keaslian diri iaitu nilai yang dikongsi ECCO dan Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai.
Bagi wanita berusia 39 tahun itu, setiap langkah adalah cerminan identiti.
BACA LAGI: Beri kucing peliharaan sarapan kaviar, 'Crazy Rich Asian' ini cipta fenomena 'Becca Bloom'
"Apabila akar kita kuat, kita akan terus berkembang dalam apa jua keadaan. Apabila kita kenal diri dan dapat sokongan yang tepat, kita melangkah dengan yakin, jelas dan berhalatuju,” katanya.
Kempen itu menampilkan lima gaya berbeza yang digayakan Yuna menggunakan koleksi kasut dan barangan kulit ikonik ECCO yang setiap sayunya melambangkan fasa perjalanan hidupnya.
Antara yang diketengahkan adalah seperti berikut:
Roots: Warisan dan asuhan
Dengan ECCO Dress Loafer, gaya ini melambangkan akar budaya dan asas kehidupan. Reka bentuk klasiknya mencerminkan tradisi serta penghormatan kepada insan dan tempat yang membentuk permulaan hidup.
Voice: Muzik dan mesej
Digayakan dengan ECCO Biom C-Trail, gaya ini menekankan kekuatan melalui ekspresi. Rekaannya berprestasi tinggi dan berani, simbol keyakinan serta keunikan diri dalam dunia yang penuh cabaran.
Pace: Ritma dan keseimbangan
Menggunakan sandal ECCO Gruuv, gaya ini menggambarkan kelancaran dan keselesaan. Sesuai untuk kehidupan aktif, ia mencerminkan ritma pergerakan seharian tanpa menjejaskan gaya.
Presence: Keyakinan tenang
Dengan ECCO Sculpted LX, gaya ini menonjolkan elegan melalui kesederhanaan. Rekaan minimalis dan selesa ini sesuai untuk mereka yang memimpin dengan yakin serta berlandaskan keyakinan diri.
Direction: Perjalanan masa depan
Menampilkan ECCO Street 720, gaya ini melambangkan Langkah ke hadapan. Ringan dan moden, ia menjadi symbol kemajuan serta visi yang jelas.
Selain visual, kempen ini turut menampilkan video naratif oleh Yuna sendiri yang mengangkat tema identiti, ketahanan dan semangat kebersamaan.
“Seperti rakyat Malaysia lain, saya berakar pada budaya. Ia boleh didengar dalam lagu saya, dirasai pada gerak langkah dan dilihat pada harapan yang saya bawa,” ujarnya.
Pengarah Urusan ECCO Singapura dan Malaysia, Benjamin Chin berkata kerjasama ini bukan sekadar meletakkan wajah pada produk, sebaliknya mencerminkan semangat kreatif bersama.
“Yuna menjiwai kekuatan senyap, integriti seni dan gaya peribadi yang seiring dengan falsafah rekaan ECCO, iaitu ekspresif, halus dan berpaksikan pada kehidupan sebenar," jelas beliau.
Kempen ini hadir sebagai peringatan bahawa kekal pada identiti diri adalah satu bentuk kekuatan.
Dengan asas yang betul sama ada daripada diri sendiri, komuniti atau kasut yang menyokong langkah anda, setiap orang mampu bergerak bebas menuju hala tuju yang diyakini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram