[VIDEO] Guru teruja tengok ibu bapa kreatif guna bahan kitar semula hasilkan pakaian merdeka anak


  • Bonda
  • Rabu, 20 Ogos 2025

Antara pakaian bertemakan hari kemerdekaan menggunakan bahan kitar semula.

KURANG dua minggu menjelang sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68 yang jatuh pada 31 Ogos nanti.

Rata-rata masyarakat tempatan juga giat melakukan pelbagai aktiviti berkaitan bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme.

Bukan sahaja mula menghias kenderaan dan rumah dengan bendera Jalur Gemilang, malah terdapat juga anjuran pertandingan hiasan serta peragaan pakaian kemerdekaan di sekolah.

BACA LAGI: Pendidik, aktivis wanita hijab pertama mara final pertandingan Mrs Singapore World 2025

BACA LAGI: 'Wanita jangan normalisasi beli sarapan pakai baju tidur', 'sakit mata' tengok pijamas nipis, kurang sopan di tempat awam

Menerusi video dikongsikan seorang guru wanita di akaun TikToknya @bellanmys baru-baru ini, kelihatan setiap murid teruja mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Lebih menarik apabila melihat kegigihan dan kreativiti ibu bapa murid yang terlibat mereka pakaian mereka menggunakan bahan kitar semula seperti plastik minuman, makanan, cakera padat dan sebagainya.

"Tema Acara Fesyen Merdeka adalah bahan kitar semula.

"Kami cikgu pun kagum tengok. Tahniah anak-anak Tiara 2 dan terima kasih ibu bapa yang menyokong program ini," tulisnya. 

Kesemua pakaian yang dipersembahkan oleh murid lelaki dan wanita di Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini 2, Skudai, Johor itu turut menyerlahkan kontra warna terang dan selari dengan Jalur Gemilang.

Aktiviti  tersebut pada masa sama menunjukkan sokongan ibu bapa terhadap pendidikan anak serta menerapkan semangat kemerdekaan dalam diri mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram