Minat sukan polo, Amar Amran figura fesyen di sebalik sinergi kerjasama dengan Kelantan RW


  • Bisnes
  • Isnin, 18 Ogos 2025

Amar Amran (kanan) figura di sebalik jenama fesyen tempatan Amar Amran menggemari sukan polo.

 

 

JENAMA fesyen terkemuka, Amar Amran dipilih sebagai penaja rasmi Kelantan Red Warrior FC.

Pengumuman itu dibuat oleh laman Facebook rasmi Kelantan Red Warrior FC pada Isnin.

"Kerjasama ini bukan sekadar penajaan, tetapi simbol sinergi antara tradisi, gaya dan semangat juang," katanya.

BACA LAGI: Bukan lekor biasa, anak Penang cetus Leko Loko, sasar terbangkan 'kepok' asli Terengganu ke Arab Saudi dan Australia

BACA LAGI: Tokoh pelaburan dari Terengganu berjiwa filantropi, sumbang RM1 juta setahun seumur hidup kepada TAR UMT

Seperti mana Amar Amran sinonim dengan nilai kualiti, elegan dan keyakinan, begitu jugalah KRW FC membawa identiti penuh disiplin, semangat dan kebangkitan dalam dunia bola sepak tanah air.

Melalui kolaborasi ini, kedua-dua pihak percaya bahawa setiap langkah di padang dan di luar padang mampu membentuk satu pasukan yang kuat dengan satu impian sama untuk terus mengharumkan nama Kelantan serta memberikan inspirasi kepada seluruh penyokong setia.

KRW FC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Amar Amran atas keyakinan yang diberikan untuk bersama dalam misi #revolusiKRW ini.

Amar Amran adalah jenama fesyen yang telah bertapak sejak 1975, menyajikan busana sopan (modest fashion) dengan seleksi fabrik bermutu tinggi.

 

 

Di sebalik jenama itu ialah figura bernama Amar Amran yang sebenarnya menggemari sukan polo, selain bola sepak.

Malah, Amar Amran juga baru-baru ini menyertai The Kuala Lumpur Men's Fashion Week 2025 dengan tema 'Echoes of Batik' yang turut diserikan dengan kehadiran Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Jenama tersebut telah mengembangkan operasinya dengan 11 cawangan butik di Malaysia meliputi Shah Alam, Bangi, Isetan Suria KLCC, SOGO KL, Kota Bharu, Terengganu dan Kuantan.

Selain itu, Amar Amran juga menembusi pasaran Thailand dengan cawangan di Pattani, Narathiwat dan Yala. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram