
RAMAI mungkin tidak tahu botol plastik, kotak kadbod dan minyak masak terpakai yang biasanya dibuang sebenarnya boleh ditukar menjadi sumber pendapatan sampingan.
Seorang pengguna Threads, Attikah Hawa berkongsi pengalaman mendapat duit poket lebih menerusi inisiatif kitar semula.
"Bagi saya, hari Sabtu ialah hari khusus untuk aktiviti kitar semula," tulisnya.
BACA LAGI: Jeruk, aiskrim dan jus melosel serlah potensi buah premium eksklusif negeri Selangor
Baru-baru ini, Attikah membawa kotak kadbod, botol plastik dan minyak masak terpakai ke pusat kitar semula Alam Flora.
Kongsinya, dia menggunakan aplikasi Recyclink Alam Flora yang membolehkan wang hasil kitar semula dimasukkan terus ke dalam eWallet.
Lebih menarik, pembayaran dibuat secara automatik ke akaun Touch ‘n Go eWallet hanya dengan mengimbas kod QR.
"Kalau lebih RM5, bayaran akan dimasukkan ke dalam Touch ‘n Go eWallet. Dalam masa seminit, duit dah masuk!
"Saya suka aplikasi ni sebab senang nak track barangan kitar semula. Hari ni saja dapat RM30.35," katanya.
Aplikasi Recyclink Alam Flora yang boleh dimuat turun dan dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet.
Pengalaman Attikah yang dikongsikan di Threads itu mendapat respons positif dengan ramai mahu memuat turun aplikasi tersebut dan turut serta dalam inisiatif kitar semula.
"Hanya muat turut aplikasi Recyclink, daftar dan link akaun Touch ‘n Go eWallet. Masa hantar recycle, dia akan imbas kod QR di telefon bimbit anda," katanya lagi.
Antara pusat kitar semula yang tersenarai dalam Recyclink ialah:
1. Pusat Kitar Semula Jalan Bunus, Kuala Lumpur
2. Pusat Kitar Semula MP Tiong Nam, Chow Kit, Kuala Lumpur
3. Pusat Kitar Semula AEON Big Wangsa Maju, Kuala Lumpur
4. Pusat Kitar Semula RISE, Batu Caves, Selangor
5. Pusat Kitar Semula Komuniti Presint 9, Putrajaya
6. Pusat Kitar Semula Presint 5, Putrajaya
7. Drive Thru Recycling Center Taman Gelora, Kuantan, Pahang
Inisiatif kitar semula barangan seperti botol plastik, kotak dan minyak masak terpakai bukan sahaja mesra alam, malah praktikal dan menguntungkan.
Kesedaran sedemikian membuktikan barang terpakai yang sebelum ini hanya tersimpan di rumah dan dianggap tiada nilai, rupa-rupanya boleh bertukar menjadi bonus hujung minggu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram