
PERKONGSIAN seorang lelaki yang menyimpan not RM20 hingga jumlah keseluruhan berjumlah RM47,500 kembali tular selepas dikongsikan laman Facebook Penang Kini.
Lelaki terbabit, Fendi Islam menyimpan wang kertas RM20 sejak Mac 2020 semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Selepas setahun menabung, usaha membuahkan hasil apabila berjaya mengumpul hampir RM50,000 dalam masa hanya setahun.
BACA LAGI: Bantu anak fobia nombor, guru dari Sandakan asaskan Numi, latih pendidik seluruh Asia Tenggara
BACA LAGI: Kuasa beli pesara terhakis, KWSP perlu reformasi segera elak pesara terus terhimpit kos sara hidup
Apa yang penting adalah menyimpan dengan konsisten tanpa mengira jumlahnya. — Penang Kini
"Selain not RM20 saya juga simpan wang kertas baru macam RM1 dan RM10 tapi kalau duit RM20, tak kira baru atau tak memang akan simpan," katanya.
Fendi berkata, apa yang penting adalah menyimpan dengan konsisten tanpa mengira jumlahnya.
"Boleh juga kalau nak simpan duit RM5, RM10 malah not RM100 bagi yang mampu," katanya.
Fendi turut berharap perkongsian itu dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk memulakan tabungan.
Perkongsian itu meraih reaksi positif daripada netizen yang mahu mencontohi kaedah simpanan wang kertas RM20.
Malah, di ruang komen, ada yang berkongsi menyimpan not RM50 selain ramai yang turut mengajak rakan mereka berbuat perkara sama.
"Jom beli tabung," komen Yusizzatul Izzah Yusri Affandy.
"Hang (kau) kena buat macam ini. Bila rasa nak beli merapu, cepat masuk tabung," kata Ja Myla Miel.
Simpanan wang kertas RM5 yang sudah mencapai jumlah RM2,000. — Tuina KL
Selain Fendi, seorang terapi urut di Petaling Jaya, Selangor juga mendapat perhatian pada April lalu kerana berhasil mengumpul RM10,000 selepas menyimpan not RM20.
"Selama bertahun-tahun, sedikit demi sedikit, bekas tin itu telah penuh. Ia lebih daripada sekadar wang, ia melambangkan sebuah ritual kehidupan.
"Setiap kali saya membuka tin ini, saya tidak dapat menahan rasa puas," tulisnya.
Dia juga menyimpan wang kertas RM5 yang sudah mencapai jumlah RM2,000. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram