
ANAK lelaki kepada bekas timbalan presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli, cedera selepas diserang individu tidak dikenali di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.
Menurut sumber, mangsa berusia 12 tahun itu kini dirawat di hospital. Motif kejadian masih belum diketahui dan maklumat terperinci belum diperoleh.
Berdasarkan laporan Malaysiakini yang menghubungi Razifi, ahli parlimen itu mengesahkan insiden tersebut.
BACA LAGI :Langkah bijak MARA atasi buli, setidaknya boleh bantu pesara tentera, polis
BACA LAGI :Lebih 30 tahun dahulu, Anwar Ibrahim pernah arah sekolah ditutup, tukar pengetua terpalit kes buli
“Sedang diperiksa (oleh pasukan perubatan) dan akan diletakkan bawah pemerhatian,” kata anggota parlimen Pandan.
Difahamkan Rafizi akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara itu tidak lama lagi.
Difahamkan serangan itu berlaku di kawasan parkir di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.
Dalam pada itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul akan berhubung dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut.
Tambah Johari lagi, sekiranya perlu, beliau akan meminta menteri berkenaan untuk memaklumkan kepada semua ahli parlimen perkembangan kejadian berkenaan.
Johari berkata demikian selepas perkara itu disampaikan Ahli Parlimen Subang, Wong Cheng yang mengutarakan rasa bimbang akan keselamatan wakil rakyat dan keluarga mereka.
Sementara itu,Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Shazeli Kahar mengesahkan kejadian terbabit.
"Serangan yang dilakukan dua individu itu dilaporkan berlaku di tempat menurun dan mengambil penumpang di pusat beli-belah berkenaan.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek terbabit.
"Kita juga sedang mendapatkan keterangan saksi dan petunjuk yang ada di kawasan kejadian," katanya.—Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram