Keterangan doktor dirakam, polis sedang kesan pemilik nombor telefon hantar mesej ugut isteri Rafizi


  • Kes
  • Jumaat, 15 Ogos 2025

Rafizi memaklumkan anaknya cedera selepas diserang individu tidak dikenali di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada Rabu.

POLIS kini sedang mengesan pemilik nombor telefon yang menghantar mesej ugutan terhadap isteri bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli selepas anaknya diserang di sebuah pusat beli belah di Putrajaya Rabu lalu.

Berdasarkan laporan BuletinTV3, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi mengesan pemilik nombor telefon itu.

Menurutnya, isteri Ahli Parlimen terbabit juga sudah tampil membuat laporan polis.

BACA LAGI : Anak Rafizi Ramli dicucuk jarum suntikan dalam serangan misteri di Putrajaya

BACA LAGI : 'Percubaan jahat dan khianat', PM arah KDN siasat serangan misteri libat anak Rafizi

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

“Kita juga sudah merakam keterangan doktor yang merawat anaknya bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan ahli Parlimen Pandan itu, tidak menolak kemungkinan serangan dibuat terhadap anak lelakinya berpunca pertemuan beliau bersama satu kumpulan pendedah maklumat atau ‘whistleblower’ berkaitan satu skandal pada Rabu minggu lalu.

Rafizi turut mendakwa, ia juga adalah cubaan untuk menutup mulutnya berhubung perkara berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram