
TATKALA isu buli di sekolah yang masih hangat dibincangkan, negara digemparkan dengan satu lagi insiden membimbangkan yang melibatkan serangan anak bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada Rabu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah menghubungi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi memastikan siasatan ke atas serangan tersebut dijalankan secara telus dan segera.
Beliau turut menyatakan keprihatinan mendalam terhadap kejadian tersebut dan menggesa siasatan dibuat secara telus dengan segera.
BACA LAGI : Anak Rafizi Ramli dicucuk jarum suntikan dalam serangan misteri di Putrajaya
BACA LAGI : Anak Rafizi diserang individu tak dikenali di pusat beli-belah di Putrajaya
"Kita masih belum reda dari gejala buli di sekolah, muncul pula satu lagi tindakan yang sangat dikesalkan.
"Mutakhir adalah percubaan jahat dan khianat terhadap anakanda saudara Rafizi Ramli. Saya telah menghubungi Menteri Dalam Negeri bagi memastikan siasatan telus dan segera.
"Mendoakan kesejahteraan yang terbaik buat saudara Rafizi serta keluarga," katanya dalam kenyataan di Facebook.
Terdahulu, Majoriti melaporkan anak kepada Ahli PKR Parlimen Pandan yang berusia 12 tahun itu diserang oleh 2 lelaki berpakaian serba hitam dalam kejadian di sebuah beli belah di Putrajaya petang Rabu.
Suspek dilihat bertindak seakan mahu menculik anaknya itu dengan mencucuk jarum suntikan.
Walaupun tiada kecederaan dilaporkan, ketika ini anaknya itu berada di hospital untuk pemantauan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram