
PEGAWAI-PEGAWAI tertinggi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Papar dipindahkan sementara ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah buat sementara waktu.
Pengetua, Penolong Kanan Tadbir Hal Ehwal Murdi (HEM) dan semua warden dipindahkan sementara sehingga siasatan pihak polis mengenai kematian pelajar tingkatan 1, Zara Qairina Mahathir selesai.
Dalam kenyataan dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Rabu, keputusan itu dibuat oleh pihak polis selepas pasukan khas dari Bukit Aman mengambil alih kes tersebut.
BACA LAGI: Penglibatan pasukan khas JSJ Bukit Aman antara 4 permintaan peguam keluarga Zara Qairina
BACA LAGI: Sejauh mana keseriusan YB tangani isu Zara Qairina? — Gerakan Mahasiswa
"Pihak kementerian akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk memastikan siasatan dilaksanakan secara menyeluruh, teliti dan tuntas.
"Sebagaimana, yang telah ditegaskan, kes tersebut merupakan keutamaan KPM pada masa ini.
"KPM berharap siasatan telus dan sepenuhnya dapat dilaksanakan demi keadilan buat keluarga dan semua pihak terlibat," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri berdekatan longkang di bangunan asramanya pada 16 Julai, dia kemudiannya disahkan meninggal dunia sehari kemudian. — The Star/ROWENA CHUA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram