[VIDEO] Sampai bertembung kapal sesama sendiri, China usir bot Filipina di Terumbu Scarborough


  • Benua
  • Isnin, 11 Ogos 2025

Situasi semasa dua kapal China bertembung sesama sendiri sewaktu mengejar bot Filipina.

AKIBAT mahu mengusir bot dari Filipina, dua kapal China bertembung sesama sendiri dalam kejadian yang berlaku di Terumbu Scarborough, Laut China Selatan.

Kejadian berlaku pada Isnin itu melihatkan bot peronda Filipina itu dipintas oleh kapal China selepas dikatakan mengingkari arahan selepas berada di kawasan perairan China.

Disebabkan itu, kapal tentera laut dan kapal penjaga pantai China bertembung sesama sendiri ketika sedang mengejar bot tersebut.

BACA LAGI: Kecoh haiwan di Zoo Bandung kelaparan, petugas diusir akibat pertukaran pengurusan

BACA LAGI: [VIDEO] Penuntut universiti maut, kena rempuh penunggang mabuk semasa diusung ke ambulans

Pertembungan sesama sendiri itu menyebabkan kerosakan kepada kapal penjaga pantai China walaupun mereka berjaya mengusir bot peronda Filipina itu.

"Kapal pengawal pantai China CCG 3104 yang mengejar bot peronda Filipina, BRP Suluan pada kelajuan tinggi melakukan pusingan berisiko dari bahagian kanan belakang bot Filipina, yang menyebabkan pelanggaran dengan kapal perang Tentera Laut China.

"Ini mengakibatkan kerosakan besar pada bahagian hadapan kapal CCG, sehingga ia tidak lagi boleh berlayar," kata jurucakap Komander Jay Tarriela dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, China berkata tindakan mereka mengusir bot peronda Filipina itu adalah satu tugas profesional dan mengikut undang-undang.

Kejadian tersebut berpunca daripada kapal pengawal pantai Filipina mengiringi bot mengagihkan bantuan kepada nelayan dia kawasan tersebut.

"Pengawal pantai China mengambil langkah yang dianggap wajar mengikut undang-undang termasuklah memantai, memberi tekanan dari luar, menghalang dan mengawal bot Filipina untuk menghalau mereka," ujar jurucakap pengawal pantai China, Gan Yu.

Insiden yang berlaku merupakan satu lagi episod baharu dalam siri konfrontasi antara China dengan Filipina di Laut China Selatan.

China mendakwa mereka mempunyai sebahagian besar kawalan terhadap laut tersebut yang merupakan antara laluan maritim paling sibuk di dunia.

Namun begitu, dakwaan mereka tersebut tidak didukung oleh undang-undang dengan Vietnam, Malaysia, Brunei dan Taiwan turut menuntut sebahagian laut itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram