Bukit Aman hantar 9 pegawai ke Sabah, tubuh pasukan khas ambil alih kes Zara Qairina


  • Kes
  • Isnin, 11 Ogos 2025

Kes Zara Qairina kini disiasat oleh pasukan khas Bukit Aman.

PIHAK Bukit Aman menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes kematian pelajar tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Zara Qairina Mahathir.

Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) berkata dalam satu kenyataan, seramai sembilan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman digerakkan ke Sabah untuk membantu siasatan.

Ia menunjukkan komitmen polis dalam memberikan siasatan menyeluruh terhadap kes berprofil tinggi itu.

BACA LAGI: Sudah lama tukar sekolah, bapa pelajar difitnah pembuli Zara Qairina nekad failkan saman

BACA LAGI: Peguam keluarga nafi audio tular adalah jeritan suara Zara Qairina

"Penghantaran pasukan task force ini adalah sebahagian daripada komitmen pihak polis untuk memastikan siasatan dilaksanakan secara telus dan menyeluruh.

"Pihak polis memandang serius setiap kes yang membabitkan kehilangan nyawa," kata pihak polis.

Dalam yang sama, pihak polis mengingatkan agar mereka diberikan ruang untuk menjalankan siasatan secara profesional dan tidak melakukan sebarang spekulasi semasa siasatan dilakukan.

Zara Qairina ditemui tidak bernyawa SMKA Datu Mustapha pada 16 Julai selepas didakwa ditolak dari tingkat tiga blok asrama sekolahnya.

Dia disahkan meninggal dunia pada 17 Julai di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram