[VIDEO] Pemandu p-hailing awalnya tergelak tapi bersyukur 'rider serba lengkap' bantu tukar tayar, mudahkan urusan hantar pelanggan


  • Massa
  • Jumaat, 08 Ogos 2025

Penggunaan alatan elektrik itu memudahkan pemandu e-haililng terbabit untuk kembali meneruskan tugasnya.

SETIAP pengguna jalan raya pasti pernah mengalami nasib malang apabila kenderaan dinaiki mengalami kerosakan, termasuk tayar bocor yang sukar dijangka.

Keadaan itu sememangnya menyukarkan kerana sekiranya seseorang tidak mempunyai kemahiran mengubah tayar ganti dengan mengharapkan pihak lebih berpengetahuan dapat memberi bantuan.

Hal tersebut dialami seorang pemandu e-hailing yang kebocoran tayar di tepi sebuah lebuh raya, namun dia bernasib baik apabila dibantu seorang individu baik hati.

BACA LAGI: [VIDEO] Pensyarah USM jadi kebanggaan 'kaki motor', hasilkan inovasi tayar kalis pancit, tidak bocor

BACA LAGI: [VIDEO] 'Diam diam buat kerja', taktik licik penunggang motor pancitkan tayar kereta guna selipar berpaku

Kejadian menyentuh hati itu dimuat naik sendiri oleh individu tersebut di akaun TikTok miliknya, Haswien Ash yang memaparkan dirinya sebagai 'rider' penghantar makanan membantu pemandu p-hailing menukar tayar dipercayai kerana bocor.

Apa yang menarik daripada video berdurasi dua minit 17 saat itu adalah kerana tahap kesediaan penunggang terbabit yang membawa sepana elektrik mudah alih (cordless impact wrench) bagi melonggarkan nat tayar kereta dengan mudah.

Bantuan dihulurkan pemilik TikTok itu jelas memudahkan pemandu e-hailing terbabit yang pada awalnya mengalami kesukaran untuk menukar tayar ganti kerana hanya memiliki peralatan asas mengganti tayar.

"Selain untuk tukar tali belting motosikal, dapat juga membantu mereka yang memerlukan bantuan. Abang ini (pemandu) nak cepat kerana dalam kereta ada penumpang.

"Walaupun tak banyak membantu, sekurang-kurangnya dapat mempercepatkan urusan abang ni untuk tukar tayar," tulisnya.

Bantuan dihulurkan penunggang motosikal itu jelas memudahkan pemandu berkenaan yang segera meninggalkan lokasi tersebut selepas memberi sedikit wang ringgit sebagai tanda penghargaan.

Kedua-dua pengguna jalan raya tersebut bagaimanapun tidak dapat melanjutkan perbualan kerana masing-masing mempunyai tugasan tersendiri yang perlu diselesaikan segera.

Video dikongsikan pada Jumaat itu pantas menerima tumpuan pengguna media sosial lain yang cukup tersentuh dengan bantuan dihulurkan penunggang motosikal berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram