
SEBUAH kisah menyentuh hati mengenai seorang penghantar makanan yang terpaksa menukar lampin anaknya di atas motosikal telah tular di media sosial sekali gus mencuri perhatian warga maya dan selebriti tempatan.
Lelaki berkenaan yang bekerja sebagai penghantar makanan (p-hailing) dilihat dalam sebuah video sedang menukar lampin anaknya di tepi jalan ketika berada di salah sebuah stesen minyak.
Kejadian itu bukan sahaja menarik perhatian warga maya, malah turut membuka mata ramai pihak terhadap kesusahan hidup yang sedang dihadapinya.
BACA LAGI: [VIDEO] Anak-anak tak selesa, warga asing santai ‘bolot’ taman permainan di Melaka
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki menggigil dalam LRT, dakwa diugut gara-gara tuntutan insurans
Menurut perkongsian selebriti tanah air, Anzalna Nasir di Instagram, abang Grab tersebut tinggal bersama isterinya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) serta beberapa anak kecil termasuk bayi berusia dua bulan.
Keluarga berkenaan dikatakan kini sedang memerlukan bantuan segera, terutamanya dalam bentuk keperluan asas seperti lampin pakai buang dan susu formula untuk anak-anak mereka.
Anzalna yang sempat melawat keluarga tersebut baru-baru ini, berkongsi pengalamannya berjumpa pasangan itu yang disifatkan sebagai sangat peramah dan merendah diri.
Katanya, pasangan berkenaan pada awalnya segan untuk menjemputnya masuk ke rumah kerana keadaan kediaman yang tidak terurus, namun Anzalna menegaskan beliau tidak kisah dan hanya ingin memahami keadaan mereka dengan lebih dekat.
"Mereka memang tak minta lebih. Masa saya tanya apa keperluan sekarang, abang tu cuma minta susu dan diapers untuk anak-anak. Hati saya terus tersentuh," tulis Anzalna dalam perkongsiannya.
Meskipun kisah mereka telah tular, Anzalna turut memaklumkan bahawa keluarga tersebut belum menerima banyak bantuan setakat ini.
Justeru, beliau berharap agar perkongsian itu dapat membuka hati lebih ramai pihak untuk tampil menghulurkan sokongan dan bantuan kepada keluarga ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram