
POLIS menggesa ahli perniagaan, Rita Sosilawati, tampil memberikan maklumat berhubung taktik penipuan baharu yang didakwa melibatkan penghantaran bungkusan berisi ganja ke kediaman keluarganya daripada pengirim tidak dikenali.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Komisioner Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihak polis masih belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung kejadian itu.
“Kita meminta individu terlibat membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan,” katanya kepada pemberita pada Jumaat (8 Ogos).
BACA LAGI: Rita Sosilawati dedah taktik scammer, hantar parcel berisi 7 gram ganja guna alamat rumah adik, nama penerima tak dikenali
Pada Rabu (6 Ogos), laporan media menyebut anak sulung kepada jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana memuat naik hantaran di akaun Thread miliknya yang mendakwa dirinya menjadi mangsa niat jahat.
Erni Dekritawati Yuliana atau lebih dikenali sebagai Rita Sosilawati mendedahkan adiknya menjadi mangsa aniaya apabila satu bungkusan mengandungi ganja dihantar ke rumah menggunakan alamat keluarga mereka.
Menurutnya, walaupun bungkusan itu dialamatkan ke rumah adiknya, nama penerima yang tertera tidak dikenali oleh mana-mana ahli keluarga. — The Star/ FARIK ZOLKEPLI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram