RM20 juta hasil anjur konsert digunakan semula ‘upgrade’ SNBJ


  • Podium
  • Khamis, 07 Ogos 2025

Konsert Latihan Pestapora antara yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini.

 

 

HASIL daripada penganjuran konsert melibatkan artis-artis antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur berjaya memberi manfaat kepada gelanggang tersebut.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) berjaya meraih RM20 juta dalam masa setahun apabila menjadikan SNBJ ruang mengadakan konsert artis ternama.

Wang tersebut kemudiannya dilaburkan semula kepada pembangunan gelanggang rasmi Harimau Malaya dengan menjadikan ia stadium lebih terurus dan berada dalam keadaan baik.

BACA LAGI: Kos tinggi, kerajaan tak cadang bina lorong motosikal di semua jalan Persekutuan

BACA LAGI: Muhyiddin tuntut PMX minta maaf, Speaker sahkan terima surat arah siasat sumber maklumat palsu

“Dalam dua tahun kebelakangan ini, PSM berjaya mencatatkan rekod keuntungan sebanyak RM10 juta untuk setiap tahun.

“Dan setiap keuntungan diperoleh daripada penganjuran konsert yang diadakan di stadium, mereka gunakannya untuk tambah baik fasiliti di Bandar Sukan Kuala Lumpur untuk memastikan ia memberi manfaat kepada rakyat.

“SNBJ juga sudah dibaiki dan ditambah baik. Selepas ini juga, e-sukan juga akan menyusul, hoki dalam dewan, pertandingan lompat tali yang melibatkan 1,500 pelajar sekolah turut mendapat manfaat daripada tambah baik SNBJ,” kata Hannah.

Hannah berkata demikian semasa berucap sebagai salah satu tetamu jemputan bagi Majlis Pecah Tanah Ibu Pejabat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Khamis.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram