
SEMUA mengetahui betapa bagusnya Cristiano Ronaldo sebagai seorang pemain bola sepak.
Memasuki usia 40 tahun, Ronaldo masih lagi mengekalkan prestasinya dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.
Ronaldo terkenal dengan komitmennya dan disiplin yang tinggi dalam bola sepak, malah ramai menganggap melakukan pengorbanan yang besar untuk berjaya.
BACA LAGI: Jersi baharu belum diumum, Presiden TFC akui berpunca masalah produksi
Akan tetapi, pemain itu mengatakan yang tidak berkorban, sebaliknya melakukannya dengan gembira dan rela.
"Kuncinya adalah untuk mempunyai rutin, konsisten dan bukannya mempunyai sikap obses.
"Ada yang cakap, 'jangan jadi macam Ronaldo, sebab dia seorang yang gila.' Tapi kalau sekadar menjadi 20, 25 peratus daripada saya adakah ia dianggap keterlaluan?
"Ada kawan-kawan yang kata saya gila, kerana hidup dengan cara begini, bagi saya itu cuma perkara kecil, saya lakukannya dalam keadaan yang selesa dan gembira. Bagi saya, ia bukanlah satu pengorbanan," ujar Ronaldo.
Ronaldo juga mengakui yang dia juga sama seperti manusia lain yang mempunyai perasaan kerana ada masanya dia tidak bermotivasi untuk memberikan persembahan terbaik setiap hari.
Namun, dia berasakan dirinya mempunyai satu komitmen yang tinggi untuk berjaya menjadikan kenapa Ronaldo merupakan salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman.
"Ada masa, saya tak rasa nak pergi ke gimnasium. Tapi saya pergi kerana saya ada komitmen dengan diri sendiri.
"Tapi, tak setiap hari saya ke sana dalam keadaan gembira. Awak fikir, saya bangun daripada katil setiap hari dalam keadaan gembira bersama isteri dan anak-anak?
"Ada masanya tidak, ia sebahagian daripada hidup kita, kita semua sama, kita rasa perasaan ini setiap masa," kata Ronaldo. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram