Bayi dilahirkan rakyat Malaysia di luar negara terima kerakyatan automatik pertengahan 2026


  • Massa
  • Isnin, 04 Ogos 2025

Pindaan itu dinyatakan Saifuddin Nasution dalam satu sesi soal jawab di Parlimen pada Isnin.

PINDAAN terhadap Perlembagaan Persekutuan akan menyaksikan perubahan terhadap peraturan kewarganegaraan yang akan memberikan kanak-kanak status warganegara sekiranya dilahirkan ibu Malaysia di luar negara.

Menteri Dalam Negara, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, peraturan baharu itu akan berkuat kuasa bermula pertengahan 2026 dengan menyatakan pihaknya sedang memuktamadkan Peraturan Kewarganegaraan 1964 untuk menguatkuasakannya.

"Berikutan pindaan perlembagaan, anak yang dilahirkan di luar negara daripada ibu warganegara yang berkahwin dengan warga asing akan secara automatik memperoleh kewarganegaraan sebaik pindaan itu dikuatkuasakan oleh undang-undang,” katanya.

BACA LAGI: Ada permohonan ditolak kerana dokumen palsu, Saifuddin terbuka tambah baik proses JPN

BACA LAGI: WhatsApp Saifuddin Nasution digodam guna VPN luar negara, tiada mangsa alami kerugian — Polis

KUALA LUMPUR, 8 Mac -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.Kerajaan merancang untuk menggubal akta baharu iaitu Akta Penyalahgunaan Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) dalam usaha untuk mengurangkan kesesakan tahanan di penjara.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Saifuddin menjelaskan proses pindaan tersebut akan memakan masa.

Jelas beliau, usaha menguatkuasakan pindaan tersebut memerlukan proses yang memakan masa, termasuk mendapatkan Persetujuan Diraja daripada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Namun, tambah beliau, ibu bapa masih boleh memohon kerakyatan untuk anak masing-masing di bawah Artikel 15(2) Perlembagaan Persekutuan.

Saifuddin menjelaskan perkara itu ketika ditanya Chiew Choon Man (PH-Miri) yang mempersoalkan garis panduan baharu buat kanak-kanak yang mahu memperoleh kewarganegaraan jika lahir di luar negara.

Menurut data diperoleh bermula tahun lalu, Kementerian Dalam Negeri sudah meluluskan 1,980 permohonan memperoleh kerakyatan di bawah peraturan semasa dengan kira-kira 100 diterima setiap bulan.

Pindaan tersebut masih perlu memperoleh Persetujuan Diraja daripada YDPA.

Ketika menjelaskan pindaan terhadap Peraturan Kewarganegaraan 1964, Saifuddin berkata, kerajaan perlu memperhalusi 57 kluasa dan mengemas kini permohonan diterima di atas talian.

"Sistem digunakan Kedutaan Malaysia di luar negara masih menggunakan borang dan format lama. Jadi, segala proses perlu dilakukan secara teliti, tetapi boleh menjangkakan segala urusan selesai menjelang September atau Oktober tahun ini," katanya.

Ketika ditanya Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) berhubung cabaran dihadapi pihak imigresen, termasuk penyalahgunaan peraturan kewarganegaraan, Saifuddin menegaskan perkara asas untuk memperoleh kerakyatan masih tidak berubah.

Jelas beliau, ujian DNA masih akan dikenakan, namun tidak diwajibkan.

"Seperti mana saya nyatakan, kita boleh menggunakan peraturan sedia ada sementara menunggu Persetujuan Diraja daripada YDPA. Berhubung ujian DNA, ia hanyalah untuk menyokong permohonan dan bukanlah keperluan wajib," katanya. — The Star/JUNAID IBRAHIM, KHOO GEK SAN dan ARFA YUNUS

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram