[VIDEO] 'Kalau rakyat Malaysia dikejar macam anjing', lelaki panas hati tengok warga asing 'bebas' langgar undang-undang


  • Tular
  • Ahad, 27 Jul 2025

Tangkap layar menunjukkan beberapa warga asing didakwa menggunakan motosikal roda tiga secara bebas.

TULAR di media sosial isu membabitkan warga asing yang didakwa menunggang motosikal roda tiga tanpa lesen di lebuh raya sekitar Puchong, Selangor, sekali gus mengundang kemarahan warga maya.

Rakaman video yang dikongsikan oleh Magnito GE di laman Facebook itu menunjukkan beberapa individu warga asing didakwa menggunakan kenderaan tersebut secara bebas.

Aksi mereka yang menunggang motosikal tanpa lesen dan mematuhi undang-undang jalan raya nyata menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna tempatan.

BACA LAGI: IPU tidak sihat di Miri dan Cheras, hanya 6 lokasi catat udara baik

BACA LAGI: Ilmu angkasa diperkenal di sekolah mulai 2027, bakal pacu 5,000 pekerjaan menjelang 2030

Menerusi rakaman video berdurasi satu minit 27 saat itu memaparkan seorang lelaki meluahkan kekesalan terhadap sikap segelintir warga asing yang seolah-olah bebas berbuat sesuka hati tanpa tindakan undang-undang yang tegas.

Lebih membangkitkan kemarahan, individu berkenaan turut mempersoalkan keberkesanan dan ketegasan pihak berkuasa tempatan, yang menurutnya seolah-olah ‘menutup mata’ terhadap pelanggaran undang-undang oleh warga asing.

Beliau turut membandingkan layanan yang diterima rakyat tempatan, yang menurutnya akan segera dikenakan tindakan tegas termasuk dikejar seolah-olah penjenayah sekiranya melakukan kesalahan sama.

“Kalau rakyat tempatan cepat nak saman macam a***** kau kejar, tapi kenapa warga using bebas melakukan kesalahan,” katanya.

Perkongsian video tersebut meraih perhatian ribuan pengguna di media sosial, yang rata-ratanya turut mempersoalkan keadilan dalam penguatkuasaan undang-undang.

Mereka menuntut pihak berkuasa agar mengambil tindakan lebih tegas terhadap mana-mana individu yang melanggar peraturan jalan raya, tanpa mengira status kewarganegaraan. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram