WhatsApp Saifuddin Nasution digodam guna VPN luar negara, tiada mangsa alami kerugian — Polis


  • Massa
  • Jumaat, 30 Mei 2025

Aplikasi WhatsApp Saifuddin digodam menggunakan VPN luar negara.

AKAUN aplikasi WhatsApp Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail digodam menggunakan rangkaian persendirian maya (VPN) asing.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, selepas mengakses akaun WhatsApp menteri, suspek menghantar pautan sesawang kepada semua kenalannya menggunakan aplikasi itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Punca keretakan Blok 43 PPR Gombak Setia bukan sebab struktur rosak, tetapi 'expansion joint'

BACA LAGI: [VIDEO] Ayah asal seberang sanggup tinggal bawah jambatan, makan cuma sekali seminggu demi susu anak

"Setakat ini, tiada aduan individu mengalami kerugian berhubung kejadian itu.

"Tindakan pantas pegawai menteri yang segera melaporkannya mengelak sesiapa sahaja ditipu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997," katanya pada Jumaat.

Pada Isnin lalu, pejabat Menteri Dalam Negeri berkata, akaun WhatsAppnya digodam dan perkara itu sudah pun dilaporkan kepada pihak berkuasa. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram