[VIDEO] 'Rakyat Malaysia sensitif', ramai gesa senarai hitam peniaga runcit guna pekerja warga asing


  • Tular
  • Sabtu, 02 Ogos 2025

Tangkap layar menunjukkan tindakan tegas pihak berkuasa tempatan membatalkan lesen perniagaan seorang peniaga wanita warganegara.

TULAR di media sosial sebuah video yang memaparkan tindakan tegas pihak berkuasa tempatan (PBT) membatalkan lesen perniagaan seorang peniaga wanita warganegara selepas didapati melanggar syarat lesen dengan membenarkan pekerja warga asing untuk menjaga kedainya.

Menerusi perkongsian video oleh pengguna TikTok, @Fendi.Kam66, wanita berkenaan dipercayai membenarkan warga asing bukan sahaja menjaga kedai runcit miliknya, malah turut menjual ayam hidup, satu tindakan yang jelas melanggar syarat lesen serta undang-undang negara.

Menurut peraturan ditetapkan, premis perniagaan berlesen wajib dikendalikan oleh warganegara dan pekerja asing tidak dibenarkan menjalankan aktiviti jual beli.

BACA LAGI: [VIDEO] Dibuli senior, doktor murung berkurung dalam bilik bertahun-tahun di Tawau

BACA LAGI: Graduan perguruan tolak penempatan pertama boleh dikenakan tindakan disiplin — Fadhlina

Difahamkan, tindakan pantas telah diambil oleh PBT terbabit dengan serta-merta membatalkan lesen perniagaan wanita itu.

Walaupun begitu, pihak berkuasa dilaporkan masih memberi ruang kepada beliau untuk membuat permohonan semula lesen jika mematuhi syarat yang ditetapkan.

Tindakan itu telah mencetuskan reaksi pelbagai dalam kalangan pengguna media sosial, yang rata-rata menyokong tindakan tegas tersebut dan mendesak agar peniaga yang menggaji pekerja asing secara haram disenaraihitamkan sepenuhnya.

Blacklist terus atau jangan ada sesekali warga asing dalam kedai dan hadkan tempoh lesen,” kata Jackjas.

“Senarai hitam teruslah,” kata Kamal Bakri.

“Tak perlu mohon baliklah, terus senarai hitam lebih baik,” Wan Vseven.

Fenomena penggunaan pekerja warga asing secara tidak sah dalam sektor peruncitan bukan perkara baharu, namun kini rakyat dilihat semakin peka dan lantang bersuara berhubung isu tersebut, memandangkan ia turut memberi kesan kepada peluang pekerjaan dan keselamatan makanan.

PBT digesa memperketat pemantauan dan tidak berkompromi terhadap mana-mana peniaga yang melanggar syarat lesen, demi menjaga kepentingan pengguna tempatan dan memastikan undang-undang sentiasa ditegakkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram