Ramai cari penawar panas dalam, jualan 'coconut shake' dan air herba di Penang laku keras


  • Bisnes
  • Sabtu, 02 Ogos 2025

Seorang peniaga menyediakan air kelapa untuk pelanggan di gerainya di Jalan Datuk Keramat.

BAHANG akibat cuaca panas yang dialami di seluruh negara hari ini mendatangkan rahmat buat peniaga air kelapa tepi jalan.

Ramai pelanggan mengerumuni gerai untuk mencari minuman sejuk dan menyegarkan bagi menghilangkan rasa dahaga.

Di sebuah kedai menjual air kelapa di Jalan Datuk Keramat, kelihatan seorang penjawat awam, Muhammad Sabri Mohd Salibu, 26, membeli coconut shake untuk dirinya dan beberapa rakan sekerja.

BACA LAGI: Pulau Pinang tangguh pelaksanaan tarif air baharu ke 1 Julai 2026

BACA LAGI: Terima pelanggan rambut berkutu, kusut, salun BFBL tak 'judge', beri khidmat kepada komuniti terpinggir dan gelandangan

Cheong Hai Seng who specialises in traditional Chinese herbs and medicine weighing the herbs he puts together to make a concoction to cool the body down during the hot spell, at his shop along Jalan Perak, in George Town, Penang.( July 23, 2025 ) — LIM BENG TATT/The Star

Cheong menjalankan perniagaan menjual herba tradisional Cina yang boleh direbus untuk dijadikan minuman penyejuk badan. — LIM BENG TATT/The Star

“Biasanya kami memang singgah beli air kelapa di sini, tapi sejak cuaca makin panas kebelakangan ini, minuman sejuk dah jadi keperluan,” katanya.

Bagi suri rumah, Natasha Chew, 32, air kelapa kini menjadi ‘penyelamat’ Ketika menghadapi waktu siang yang terik.

“Cuaca panas di Pulau Pinang ni sebenarnya biasa. Tapi sekarang, rasa lain macam sikit. Langit seperti langsung tak berawan, saya rasa cepat dahaga dan letih.

“Saya cuba minum air kosong lebih banyak, tapi yang betul-betul menyegarkan cuma air kelapa sejuk,” katanya.

Menurut Chew, dia akan membawa pulang air kelapa yang dibeli untuk disejukkan dalam peti ais sebelum diminum.

“Perbezaannya amat ketara apabila minum sejuk-sejuk. Rasa badan terus segar,” ujarnya sambil tersenyum.

Fenomena itu bukan kebetulan. Menurut laporan terdahulu, Monsun Barat Daya yang dijangka berlarutan hingga September telah menyebabkan cuaca panas, kering dan berpotensi berjerebu di kawasan pulau serta tanah besar Pulau Pinang.

Bagi peniaga air kelapa di Jalan Datuk Keramat, M. Joel Jeyachandran, cuaca panas membawa tuah kepada perniagaannya.

“Beberapa minggu kebelakangan ini, permintaan terhadap air kelapa melonjak. Ramai datang cari coconut shake, air kelapa segar atau dicampur perahan lemon.

“Kalau hari biasa kami jual sekitar 300 biji kelapa, sekarang boleh mencecah 400 hingga 500 biji sehari,” katanya, sambil menambah bahawa kebanyakan pelanggannya adalah penduduk tempatan.

Halimah Munthe,23 wearing sunglasses and using portable fan takes selfies with her mother and sister near Penang Bridge as the sun peaks in Bayan Lepas in Penang. (July 22, 2025) — ZHAFARAN NASIB/The Star.

Di sebalik cuaca panas, Halimah Munthe (berkaca mata hitam) tetap keluar bersiar-siar dengan ibu dan adiknya Jambatan Pulau Pinang. — ZHAFARAN NASIB/The Star.

Menurut Joel, trend itu berlaku saban tahun yang menyaksikan jualannya meningkat ketika musim panas dan merosot semula apabila musim hujan tiba.

Sementara itu, di sebuah kedai ubat herba tradisional Cina di Jalan Perak, pemiliknya, Cheong Hai Seng berkata, ramai pelanggan datang mencari 'penawar' apabila badan terasa panas melampau.

“Apabila cuaca terlalu panas, badan terasa ‘panas dalam’. Ramai yang datang mengadu batuk, demam atau rasa tak sihat.

“Saya akan cadangkan campuran herba tertentu yang boleh direbus dan dijadikan air penyejuk badan,” katanya.

Cheong yang mewarisi ilmu perubatan tradisional dari generasi ketiga keluarganya berkata, antara yang paling laris ketika musim kering ialah char atau chap liang.

Ia merupakan ramuan herba campuran yang mengandungi kira-kira 10 jenis herba.

“Apabila direbus, ia boleh menghasilkan sehingga tiga liter air herba sesuai untuk keluarga besar, namun boleh juga buat dalam kuantiti kecil.

“Hanya perlu tambah sedikit gula batu atau gula merah untuk rasa yang lebih sedap,” jelasnya.

Tambah Cheong lagi, musim durian turut menyumbang kepada lonjakan jualan kerana ramai yang mencari herba untuk ‘menyejukkan’ badan selepas menikmati raja buah itu.

“Mereka anggap minuman herba ini sebagai pelengkap kepada durian dengan mengimbangkan ‘bahang’ buah itu.

“Waktu inilah bisnes saya paling rancak, berbanding bulan-bulan sejuk seperti Disember,” katanya mengakhiri perbualan. — THE STAR/ N. TRISHA dan IMRAN HILMY 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram