
PELAKSANAAN fasa kedua Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) air di Pulau Pinang yang sepatutnya bermula 1 Ogos (Jumaat) ditangguhkan ke 1 Julai 2026.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, keputusan itu dibuat bagi mengurangkan beban pengguna, sekali gus memberi ruang kepada rakyat untuk membuat persediaan awal terhadap sebarang kenaikan tarif air pada masa akan datang.
BACA LAGI: Fasiliti pendidikan autisme bakal dibina di seluruh negara — PM Anwar
BACA LAGI: SARA RM100: Beras, minyak masak dan detergen dalam 'list', cek barangan boleh dibeli
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. – CHAN BOON KAI/The Star
Penangguhan tersebut akan memberi manfaat kepada 715,957 akaun air berdaftar di negeri itu.
Di bawah semakan tarif baharu, sebanyak 79.88 peratus daripada 613,660 akaun domestik di Pulau Pinang iaitu pengguna yang menggunakan sehingga 35 meter padu air sebulan dijangka mengalami peningkatan bil bulanan antara 30 sen hingga RM2.55.
Sementara itu, 95.38 peratus daripada 98,155 akaun bukan domestik (komersial) yang menggunakan sehingga 200 meter padu air sebulan dijangka berdepan kenaikan bil antara RM3.60 hingga RM35.70.
Sekiranya tarif baharu itu dikuatkuasakan, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dijangka memperoleh tambahan hasil sebanyak RM20 juta dalam tempoh enam bulan.
Fasa pertama TSM sebelum ini telah pun dilaksanakan pada 1 Februari 2024. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram