Panggilan telefon, baju batik PM Anwar bayangi kisah tarif 19 peratus AS


  • Massa
  • Jumaat, 01 Ogos 2025

Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) berjaya memastikan tarif dikenakan AS kepada Malaysia tidak mencapai 25 peratus.

MALAYSIA berjaya mengelak daripada dikenakan tarif setinggi 25 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) selepas semakan semula dilakukan negara Rumah Putih tersebut.

Kini, Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara lain seperti Thailand, Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja semua dikenakan tarif pada kadar 19 peratus.

Di sebalik penurunan kadar itu, terselit kisah antara panggil telefon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden AS, Donald Trump yang membawa kepada pengurangan tersebut. 

BACA LAGI: Fasiliti pendidikan autisme bakal dibina di seluruh negara — PM Anwar

BACA LAGI: Miliki 3 kekuatan utama, PM Anwar buktikan mampu capai usaha diplomasi redakan konflik Thai-Kemboja

Trump (kiri) dan Anwar (kanan) berjaya capai kata sepakat mengenai tarif dikenakan kepada Malaysia.

Panggilan telefon yang dilakukan Khamis antara pemimpin kedua-dua negara membantu menjadi titik tolak kepada perubahan nilai tarif tersebut.

Ia jelas disambut baik oleh rakyat Malaysia berjaya mengelak daripada dikenakan tarif lebih tinggi iaitu 25 peratus pada awalnya.

Walaupun berjaya mendapat tarif lebih rendah, rakyat tetap khuatir dengan muslihat AS.

Mereka bimbang sekiranya Malaysia termasuk ke dalam 'perangkap' seperti Indonesia yang terpaksa menerima segala tuntutan Trump.

Dengan Malaysia, AS mahukan kita melonggarkan syarat berkaitan halal yang ketat serta dibenarkan tidak terikat dengan polisi ekonomi nasional berkaitan kuota penglibatan bumiputera.

Anwar berkeras untuk pastikan kepentingan rakyat Malaysia dalam isu tarif terjaga dengan menolak kemahuan AS untuk mengabaikan polisi tersebut.

"Minta-minta tak ada benda yang tergadai, nak pandang sebelah mata tak boleh sebab banyak barang-barang AS kita pakai. Nak harapkan eksport kita apa je yang untung banyak? Nak harapkan minyak? Banyak harapkan import sajalah," kata Arfa Dim.

"Tahniah kerajaan, sekurang-kurangnya turun. Yang bagus kita sokong, yang buruk kita kritik," komen Franks pula.

Dalam pada itu, batik yang dipakai oleh Anwar ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) pada Khamis di Dewan Rakyat juga mendapat perhatian.

Mengenakan batik Kelantan, Anwar terus dipuji kerana sentiasa mengangkat warisan negara.

"Terbaik PMX, promosikan hasil kraf orang kita," ujar Syafiq Izz.

"Terbaik PMX, mengangkat martabat pereka, rekaan dan produk batik tempatan," komen Lax Azwan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram