Fasiliti pendidikan autisme bakal dibina di seluruh negara — PM Anwar


  • Bisnes
  • Khamis, 31 Jul 2025

Pusat penjagaan berkualiti akan diperluas bagi menyokong peningkatan kadar penyertaan wanita ke dalam pasaran kerja. — Gambar hiasan/ The Star

KERAJAAN akan membina fasiliti pendidikan kanak-kanak autisme dilengkapi di seluruh negara dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan cakna terhadap keperluan pendidikan khas kepada golongan rentan dan orang kurang upaya (OKU) di negara ini.

Sehingga Jun, hampir 171,000 kanak-kanak OKU direkodkan mempunyai masalah dalam pembelajaran, termasuk kanak-kanak autisme.

BACA LAGI: Kitar botol dapat duit lumayan, Ripple Sabah jana lebih RM28,000 pendapatan komuniti

BACA LAGI: Tonjol evolusi penternakan, teknologi misi jadikan sektor pertanian, perikanan lebih ‘seksi’ di mata anak muda

“Oleh itu, dalam RMK13, inisiatif akan diteruskan untuk memperluas fasiliti dan kapasiti pendidikan khas kepada golongan rentan ini di seluruh negara.

"Ini termasuklah projek pembinaan blok Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di 34 buah sekolah sedia ada seluruh Malaysia. Selain itu, pembinaan sekolah baharu yang dilengkapi dengan kemudahan PPKI akan diteruskan,” kata Anwar ketika membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat pada Khamis.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi menyokong peningkatan kadar penyertaan wanita ke dalam pasaran kerja kepada 60 peritus, termasuk ibu yang mempunyai anak kecil, pusat penjagaan berkualiti akan diperluas dan latihan bersesuaian akan disediakan.

Manakala, untuk meningkatkan penyertaan warga emas, Orang Asli dan OKU dalam pasaran kerja, sokongan dan latihan yang mencukupi akan diberikan.

“Antaranya melalui program Akademi Dalam Industri (ADI), Pelan Tindakan OKU Kebangsaan dan insentif kepada majikan.

"Selain pemberian terus bantuan persekolahan kepada ibu bapa murid Orang Asli, sekolah berasaskan komuniti atau community-based school juga akan diperluas," katanya. —Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram