Lepas gempa bumi di Rusia, salah satu gunung berapi tertinggi dunia pula meletus


  • Benua
  • Rabu, 30 Jul 2025

Gunung Klyuchevskoy meletus selepas gempa bumi besar melanda Rusia.

BELUM sempat reda daripada gempa bumi berskala besar yang melanda, Rusia kini ditimpa dengan letusan gunung berapi.

Gunung Klyuchevskoy, terletak di Semenanjung Kamchatka meletus rentetan daripada gempa bumi yang berlaku pada Rabu.

Perkhidmatan Geofizik Bersatu Akademi Sains Rusia dalam kenyataan berkata cahaya terang dapat dilihat dengan jelas dari gunung tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Oprah Winfrey buka laluan persendirian, bantu penduduk Hawaii berlindung ancaman tsunami

BACA LAGI: [VIDEO] Gempa bumi kuat Rusia akibatkan tsunami di Hokkaido, Indonesia kini siap siaga

"Aliran lava yang sangat panas diperhatikan di cerun barat. Cahaya terang yang kuat kelihatan di atas gunung berapi, diiringi letupan," kata badan tersebut.

Gunung tersebut terletak 450 kilometer ke arah utara daripada ibu kota wilayah, Petropavlovsk-Kamchatsky, gunung tersebut merupakan antara gunung berapi tertinggi di dunia.

Gunung tersebut mempunyai rekod masih lagi aktif dengan ia pernah meletus beberapa kali dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Sebelum ini, Rusia berdepan gempa bumi sekuat 8.8 skala Ritcher di kawasan pedalaman negara itu.

Ia mencatatkan kecederaan namun masih belum ada kematian dicatatkan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram