Ibu bapa berdepan denda RM5,000 atau penjara jika gagal hantar anak bersekolah menengah


  • Massa
  • Rabu, 30 Jul 2025

Anak-anak diwajibkan untuk bersekolah menengah kecuali mendapat pelepasan rasmi. — Gambar Hiasan

DEWAN Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pendidikan (Pindaan) 2025 yang mewajibkan pendidikan menengah di bawah Akta Pendidikan 1996.

Pindaan itu turut memperkenalkan peruntukan baharu, Seksyen 32A, yang memperkasakan Kementerian Pendidikan untuk memastikan pendidkan sekolah menengah diwajibkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Peruntukan itu menjelaskan ibu bapa tertakluk kepada undang-undang untuk menghantar anak mereka bersekolah rendah dan menengah, kecuali mendapat pelepasan rasmi.

BACA LAGI: Kes buli 2023: Ibu bapa diminta segera lapor JPN Sabah

BACA LAGI: Buang sekolah takkan selesaikan kes buli — PIBGN

Fadhlina Sidek

Di bawah Seksyen Section 32A(4), ibu bapa yang gagal berbuat demikian berdepan denda RM5,000 atau dipenjarakan sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata perkara itu bukannya bertujuan untuk menghukum sebaliknya bagi memastikan tiada anak Malaysia yang tercicir.

"Semangat di sebalik penggubalan ini adalah bukan untuk menghukum, sebaliknya mengenai pendidikan, bagi memastikan tiada anak-anak yang ketinggalan belakang.

"Keutamaan kerajaan adalah untuk memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan ibu bapa dan penjaga bagi memastikan anak-anak mereka didaftarkan ke sekolah, selaras dengan usaha menegakkan hak setiap kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan," katanya di Dewan Rakyat.

Pindaan itu turut memperincikan hukuman bagi ketidakpatuhan dan memberi kuasa kepada menteri untuk menggubal peraturan tambahan berkaitan penguatkuasaan dan pengecualian.

Ia juga menyemak semula peruntukan berkaitan pendaftaran sekolah rendah, dengan mewajibkan ibu bapa mendaftarkan anak-anak yang telah mencapai umur enam tahun pada 1 Januari bagi mana-mana tahun akademik. — The Star