Malaysia disaran naik harga rokok RM31 sekotak jika mahu kurangkan jumlah pengambilan — Kajian


  • Massa
  • Isnin, 28 Jul 2025

Rakyat tempatan hanya membelanjakan 3.2 peratus daripada KDNK tahunan untuk membeli 100 kotak rokok.

NEGARA perlu menaikkan harga sekotak rokok lebih daripada 80 peratus harga jualan semasa kepada RM31.74 untuk memastikan pengguna mengurangkan kadar pengambilan kepada 15 peratus, berdasarkan kutipan data interaktif.

Berdasarkan perkiraan dilakukan laman sesawang Pemulihan Kos dan Penganggar Hasil (CoRRE), sekiranya harga rokok semasa iaitu RM17.40 dinaikkan dalam negara, ia akan mengurangkan penggunaan produk tersebut.

Perkiraan itu diperoleh menerusi perkiraan dibuat Universiti John Hopkins dengan kerjasama Vital Strategies dan Persatuan Kanser Amerika yang menjangkakan 18.2 peratus penduduk tempatan berusia 15 tahun dan ke atas merupakan perokok.

BACA LAGI: Kadar rokok seludup menurun, peluang kerajaan laksana kalendar cukai tahunan — CMTM

BACA LAGI: Cukai rokok dinaikkan mulai awal tahun depan

Stop smoking message shown by breaking a cigarette

Malaysia mahu mengurangkan penggunaan rokok sehingga 15 peratus.

Negara kini dalam usaha mengurangkan kelaziman merokok sebanyak 15 peratus tahun ini, selari dengan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.

CoRRE menjelaskan sekiranya mahu mencapai sasaran berkenaan, kadar cukai perlu dinaikkan sehingga 159 peratus, iaitu daripada RM8.98 kepada RM23.32 sekotak.

Selain itu, berdasarkan laman sesawang Tobacco Atlas, pelaksanaan cukai merupakan langkah paling berkesan untuk mengawal penggunaan rokok, namun kaedah itu jarang dipakai.

"Kadar cukai yang tinggi akan meningkatkan harga produk tembakau yang kemudian menjadikannya sukar diperoleh, sekali gus membuatkan pengguna tidak lagi tertarik dan akhirnya berhenti dari merokok," tulisnya.

Laporan daripada Epidemik Tembakau Global 2025 yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada Jun menyatakan meskipun jumlah perokok dalam negara menurun, harga pasaran produk itu masih mampu milik yang menjejaskan usaha mengurangkan penggunaannya.

DON'T USE PIX. We can't use pix that show people smoking or holding a cigarette. More people have quit smoking during the pendemic.

Produk tembakau masih di kadar mampu milik buat orang ramai berdasarkan perkiraan KDNK semasa.

Kadar mampu milik itu diukur sejajar dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per capita yang diperlukan untuk memperoleh 2,000 batang rokok yang paling laku di pasaran.

Sekiranya perkiraan itu dibuat, hanya Filipina menunjukkan kemajuan dalam kalangan negara Asia Tenggara sementara Malaysia, Indonesia, Thailand dan Myanmar tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Di samping itu, kajian daripada Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati rokok masih mampu milik dengan rakyat tempatan hanya membelanjakan 3.2 peratus daripada KDNK masing-masing untuk membeli 100 kotak.

"Hasil dapatan menegaskan kerajaan perlu melaksanakan cukai khas yang tinggi secara konsisten bagi membuatkan produk itu sukar diperoleh dan dibeli orang ramai," katanya.

Mereka turut mengesyorkan cukai baharu boleh diseleraskan secara kerap selari dengan perkembangan ekonomi dan inflasi untuk memastikan rokok tidak mampu milik.

Ketika ini, cukai produk tembakau dalam negara adalah setinggi 75.3 peratus daripada harga jualan jenama paling mahal dengan kadar itu adalah ketiga tertinggi di Asia Tenggara selepas Indonesia (78.9%) dan Thailand (78.6%).

Kesemua negara itu juga berada dalam kalangan 40 negara yang mencapai saranan WHO yang menetapkan cukai mencecah 75 peratus daripada harga runcit sebagai langkah mengurangkan penggunaannya. — The Star/DIYANA PFORDTEN

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram