KENAIKAN kadar cukai rokok sebanyak 12 peratus berkuat kuasa di Indonesia pada 1 Januari 2022.
Menurut agensi Kompas TV, berita itu diumumkan oleh Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati.
Menurut beliau, kenaikan itu bermakna harga kebanyakan jenis rokok yang kini dijual di Indonesia akan meningkat harganya kepada Rp38,100 (RM11.26) sebungkus mulai tahun depan.
"Perkara itu dilakukan selepas mempertimbangkan empat aspek utama iaitu mengurangkan bilangan perokok, isu pekerja di kilang rokok serta membanteras kegiatan penjualan rokok haram.
"Kenaikan cukai rokok boleh mengurangkan pengeluaran rokok sebanyak 9.7 bilion batang rokok, serta mengurangkan kelaziman merokok dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa," kata Sri Mulyani.
Rokok adalah pengeluaran kedua terbesar selepas beras yang dihasilkan kelompok isi rumah miskin di Indonesia ketika ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram