
KAJIAN terbaharu menunjukkan kadar rokok seludup di Malaysia menurun dari 56.6 peratus pada 2023 kepada 54.8 peratus pada Mei 2024.
Terdapat tiga jenis rokok seludup di Malaysia, iaitu rokok putih seludup, rokok kretek seludup, dan rokok dengan setem cukai palsu.
Menurut kenyataan Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (CMTM), penurunan itu adalah disebabkan oleh penurunan rokok putih seludup dari 39.5 peratus kepada 31.9 peratus, walaupun rokok dengan setem cukai palsu meningkat dari 8.7 peratus kepada 15.6 peratus.
BACA LAGI: 26,000 rakyat Malaysia maut akibat rokok setiap tahun — Menteri Kesihatan
BACA LAGI: Penguatkuasaan vape berpotensi ulangi kelemahan kawalan rokok — MCTC
Penurunan rokok seludup memberi peluang kepada kerajaan untuk mempertimbangkan pelaksanaan kalendar cukai tahunan dengan kenaikan cukai sederhana pada rokok dan produk tembakau. — Gambar Fail
Kadar rokok kretek seludup kekal pada 7.3 peratus.
CMTM dalam kenyataan berkata, pihaknya mengiktiraf usaha Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan agensi penguatkuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dalam memerangi perdagangan rokok seludup.
Dari Januari hingga Mei 2024, JKDM telah menggagalkan lebih daripada 3,000 percubaan penyeludupan.
CMTM menggesa kerajaan untuk menangani isu setem palsu yang semakin meningkat dan mempertimbangkan pelaksanaan kalendar cukai tahunan untuk produk tembakau bagi mengurangkan pengalihan pengguna kepada rokok seludup dan menjana hasil eksais tambahan.
"Walaupun insiden rokok seludup masih menjadi sebahagian daripada kerugian hasil eksais yang ketara bagi kerajaan, penurunan kadar rokok seludup menunjukkan bahawa langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan berada di landasan yang betul," kata CMTM.
Menurut CMTM juga, penurunan rokok seludup memberi peluang kepada kerajaan untuk mempertimbangkan pelaksanaan kalendar cukai tahunan dengan kenaikan cukai sederhana pada rokok, rokok kretek, cerut kecil, dan produk tembakau yang dipanaskan.
Hal tersebut adalah bagi menghalang pengguna beralih kepada rokok seludup akibat ketidakmampuan membeli rokok sah.
Pendekatan berkenaan boleh menjana hasil eksais tambahan untuk kerajaan mencapai objektif fiskalnya, kata CMTM. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram