
PIHAK polis akan melakukan lencongan di 16 lokasi sekitar Kuala Lumpur menjelang perhimpunan Turun Anwar pada Sabtu.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Timbalan Komisioner Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, lencongan tersebut akan dilakukan dari masa ke masa bagi melancarkan laluan trafik.
"Lencongan ini akan dijalankan untuk memasikan aliran trafik lancar dan keselamatan semua pengguna jalan raya terjamin," katanya pada Jumaat.
BACA LAGI: Harga RON95 disasar turun RM1.99 seliter — PM Anwar
Dalam masa yang sama, Mohamed Usuf menasihatkan orang awam yang ingin ke ibu kota untuk menaiki pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan.
Pada perhimpunan tersebut, peserta akan berkumpul di lima lokasi sekitar ibu negara iaitu Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru, dan Pusat Beli-Belah Sogo sebelum ke Dataran Merdeka.
Berikut adalah 16 laluan yang bakal dikenakan lencongan pada Sabtu:
- Jalan Maharajalela/susur menuju Jalan Syed Putra.
- Jalan Kinabalu/pusingan-u di Public Bank.
- Bulatan Sultan Mohamad.
- Jalan Kinabalu/susur menuju Terowong Bukit Aman
- Jalan Kinabalu/susur menuju to Bulatan Dato' Onn
- Laluan di atas Bulatan Dato' Onn (lorong kiri dan kanan)
- Bulatan Dato' Onn dari arah Jalan Parlimen.
- Jalan Sultan Salahuddin/Bulatan Dato' Onn.
- Jalan Kuching/susur ke Jalan Sultan Ismail.
- Jalan Kinabalu (dari arah Bulatan Segambut menuju Bulatan Dato' Onn).
- Jalan Kinabalu (dari arah Masjid Negara menuju Bulatan Dato' Onn).
- Jalan Lebuh Pasar Besar/Jalan Hang Kasturi
- Jalan Hishamudin/Jalan Raja.
- Jalan Parlimen/Jalan Raja Laut.
- Jalan Tuanku Abdul Rahman/ Jalan Tun Perak.
- Jalan Lebuh Ampang/Jalan Tun Perak. — The Star/FARIK ZOLKEPLI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram