
SEORANG nelayan dilaporkan hilang di laut semasa menjalankan tugasnya dengan pencarian masih dilakukan.
Individu yang hilang dikenali sebagai Mohd Noor itu hilang di Pulau Bidong, Terengganu dengan dia sudah dua hari tidak ditemui sejak ke laut pada Selasa.
Usaha mencari dan menyelamat Mohd Noor masih dilakukan oleh pihak maritim berpandukan sebuah tong ikan berwarna jingga yang biasa digunakan olehnya.
BACA LAGI: Kebakaran Masai: JAS kesan ammonia di lokasi, mula pantau kualiti udara
BACA LAGI: [VIDEO] Kuasa Tuhan, 4 terselamat helikopter terhempas depan restoran di AS
Tong ikan itu ditemui dalam keadaan terapung dekat Pulau Yu dan itu amat membantu pasukan maritim untuk melakukan pencarian menjejak Mohd Noor.
Anggota maritim menggunakan bot jenis Penggalang 45 dan helikopter untuk melakukan pencarian dari udara.
Walaupun sudah dua hari tidak belum ditemukan, namun ahli keluarga Mohd Noor tetap setia menanti dengan mereka terus berada dekat Jeti Tok Jembal, Kuala Nerus.
Walaupun petunjuk yang ada tidak banyak, namun ia tetap diharap dapat membantu pencarian Mohd Noor untuk dibawa pulang.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Mohd Noor boleh menghubungi Pusat Maritim Malaysia di talian 09-622 4357 atau talian kecemasan 999 bagi membantu siasatan.