
SELEPAS berakhirnya musim Haji, Kota Suci Makkah sekali lagi menjadi tumpuan dunia menjelang sambutan Tahun Baharu Islam iaitu Awal Muharram.
Sebagai tradisi tahunan, pihak Arab Saudi akan melakukan penggantian kain yang melindungi Kaabah yang dikenali sebagai kiswah sebagai tanda bermulanya tahun baharu.
Kain tersebut diperbuat daripada sutera hitam berkualiti tinggi disulam dengan benang emas serta perak. Malah, ia turut dilengkapi dengan tali yang dibuat oleh sutera dan dihiasi dengan ayat-ayat Al-Quran.
BACA LAGI: [VIDEO] Kuasa Tuhan, 4 terselamat helikopter terhempas depan restoran di AS
BACA LAGI: Kebakaran Masai: JAS kesan ammonia di lokasi, mula pantau kualiti udara
Untuk membawa Kiswah itu ke Masjidil Haram, ia memerlukan kenderaan khas supaya kain itu sampai dengan selamat.
Tahukah anda? Proses membawa Kiswah ke Masjidil Haram dilakukan dengan teliti kawalan rapi dilakukan oleh pihak keselamatan trak berada di jalan raya.
Trak tersebut akan dihaisi khas tanpa membawa sebarang muatan lain selain pihak berkuasa turut bertugas mengawal pergerakannya agar lancar.
Ia termasuklah pasukan pengiring akan mengiringi trak tersebut dari kilang pembuatannya iaitu Kiswah Al Kaaba, Makkah sehingga ke Masjidil Haram.
Malah, trak itu akan melalui jalan khas yang tidak dilalui oleh orang lain sehingga tiba di Masjidil Haram.
Apa yang menarik dengan trak itu, ia turut mempunyai ciri-ciri istimewa dengan reka bentuk eksklusif.
Trak tersebut dibina dengan ciri perlindungan khas dengan terdapat sebuah lapisan bertujuan melindungi kehalusan benang emas dan sutera yang digunakan pada Kiswah.
Segalanya mengenai Kiswah dijaga penuh rapi kerana ia adalah sebagai simbolik penting kepada kesucian Kaabah.
Kiswah yang diganti akan dipotong kepada kepingan kecil dan akan diberikan kepada individu dan organisasi terpilih. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram