[VIDEO] Tak habis-habis susahkan bomba, wanita Semenyih curi hos pili dah kenapa?


  • Tular
  • Khamis, 24 Jul 2025

Tindakan wanita itu mencuri besi hos bomba dapat dirakam oleh CCTV.

SEORANG wanita dilihat melakukan perbuatan terkutuk dengan merosakan pancur hos bomba di sebuah bangunan dekat Semenyih, Selangor.

Dalam video yang tular di media sosial sejak Khamis menerusi perkongsian norfatimahjamal mendapati seorang wanita merosakkan kepala paip besi bomba.

Rakaman menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mendapati wanita tersebut mencuri dengan memotong hos bomba di empat tingkat bangunan yang dimasukinya.

BACA LAGI: [VIDEO] Pesara sefamili cemas rumah disamun 5 lelaki menyamar anggota polis di Semenyih

BACA LAGI: Polis tahan lelaki 40-an disyaki perkosa anak saudara di Semenyih

Dikatakan, perbuatan itu dilakukan secara terancang melibatkan dua individu. Seorang lagi individu yang tidak kelihatan dalam rakaman tersebut melakukan kerja menarik perhatian pegawai keselamatan premis berkenaan.

“Tengah siang pun orang berani naik rumah. Kejadian berlaku di Semenyih. Bukan satu, bukan dua, tapi empat tingkat hos bomba dipotong.

“Mereka datang berdua, seorang tarik perhatian pegawai keselamatan, seorang lagi pura-pura hantar barang tapi sebenarnya potong hos bomba. Lepas tu tukar bergilir-gilir tukar peranan.

“Nasib baik ada CCTV rumah kalau tak mati-mati ingatkan budak yang main. Memang tak perasan langsung, bayangkan kalau ada kecemasan masa tu,” ujarnya.

Ini bukanlah kali pertama bomba terpaksa menanggung beban akibat sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak selepas baru-baru ini, tular kejadian melibatkan pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin yang dilaporkan hilang selepas kereta isterinya ditemukan di Sungai Muar, Johor tetapi rupa-rupanya melarikan diri ke Thailand. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram