
SEKELUARGA berdepan detik cemas apabila rumahnya disamun sekumpulan lelaki yang menyamar sebagai anggota polis di Semenyih, Selangor pada Ahad lepas (4 Mei).
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.02 pagi ketika mangsa yang merupakan pesara berada di dalam rumah bersama tiga lagi ahli keluarganya.
Naazron berkata, lima suspek tidak dikenali memakai pelitup muka dan dua daripada mereka mengenakan vest polis memecah masuk rumah mangsa melalui pintu hadapan.
BACA LAGI: Emas ibu boleh difaraid sesama adik-beradik perempuan walaupun dibeli atas nama anak lelaki — Pakar
"Mereka kemudian melarikan beberapa barangan kemas, dua telefon pintar dan wang tunai kira-kira RM500.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Susulan itu, satu operasi khas digerakkan untuk mengesan kesemua suspek terlibat dalam kejadian itu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian juga diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ghazali Zulkifli di talian 016-9140758 bagi membantu siasatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram