
POLIS berjaya menahan seorang lelaki berusia 43 tahun yang dikatakan memperkosa anak saudara perempuannya di Semenyih, Selangor.
Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, penahan tersebut dibuat selepas kanak-kanak perempuan itu membuat aduan pada 4.35 pagi, 20 Januari lalu.
Dalam kenyataan dikeluarkan, Naazron berkata suspek dikatakan sudah melakukan perbuatan tersebut sebanyak dua kali terhadap mangsa pada Ogos 2024 dan Januari lalu.
BACA LAGI: [VIDEO] Budak 2 tahun tahan kesakitan kaki tersepit eskalator di pusat beli-belah Alor Setar
BACA LAGI: [VIDEO] Wanita warga emas kena serang, gelang emas diragut penunggang motosikal di Simpang Pulai
Suspek kemudiannya terus ditahan pihak polis bagi membantu siasatan sebaik saja tahanan dilakukan.
"Insiden itu dipercayai berlaku pada Ogos tahun lalu dan Januari tahun ini di Semenyih. Suspek sudah pun ditahan reman bagi membantu siasatan.
"Kami menyiasat kes ini mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman 30 tahun penjara dan maksimum 10 sebatan sekiranya didapati bersalah," jelasnya. — The Star/FARIK ZOLKEPLI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram