
SEORANG wanita bersama dua anaknya berdepan detik menakutkan apabila seekor singa terlepas dari sebuah rumah dan menyerang mereka di kawasan perumahan di Lahore, Pakistan pada Rabu.
Insiden menakutkan itu juga berjaya dirakam salah sebuah kamera litar tertutup (CCTV) sebuah bangunan di lokasi kejadian.
Difahamkan, wanita dan dua anaknya yang masing-masing berusia lima dan tujuh tahun mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan.
BACA LAGI: [VIDEO] Aksi ‘Neymar amatur’ sakan berguling, pengadil hanya geleng kepala sambil tersenyum
BACA LAGI: [VIDEO] Belum tiba ajal, ‘rider’ tercampak ke laut diselamatkan nelayan di Jambatan Pulau Pinang
Detik cemas itu kini tular di media sosial, mencetuskan kemarahan orang ramai serta mengundang perdebatan tentang trend memelihara haiwan eksotik sebagai haiwan peliharaan.
Menurut laporan polis yang dipetik AFP, serangan bermula apabila singa tersebut menerkam wanita berkenaan sebelum mencakar kedua-dua anaknya di muka dan tangan.
"Ketiga-tiga mangsa segera dikejarkan ke hospital. Meskipun cedera, keadaan mereka dilaporkan stabil dan tidak kritikal," kata pihak berkuasa tempatan.
A #pet #lion escaped in Lahore, Pakistan yesterday, attacking a woman and two children on a busy street. Shocking footage shows the big cat leaping over a wall before pouncing on them. The lion was captured and sent to #wildlife park. The owner was arrested. While people can… pic.twitter.com/L8qiWgNag1
— Raza Ahmad Rumi (@Razarumi) July 4, 2025
Lebih mengejutkan, suami mangsa mendakwa dalam laporan polis bahawa pemilik singa yang datang selepas mendengar jeritan, langsung tidak menunjukkan rasa panik.
Sebaliknya, mereka dikatakan kelihatan terhibur melihat haiwan tersebut mengganas.
Susulan kejadian itu, polis Pakistan bertindak menahan tiga individu disyaki terlibat.
Menurut jurucakap Pejabat Timbalan Ketua Polis Operasi (DIG) Lahore, suspek melarikan diri bersama singa tersebut tetapi berjaya diberkas dalam tempoh 12 jam selepas kejadian.
Singa tersebut kini telah disita dan dihantar ke taman hidupan liar tempatan bagi penjagaan serta kawalan selanjutnya.
Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengesahkan sama ada sebarang pertuduhan akan dikenakan di bawah undang-undang perlindungan hidupan liar atau keselamatan awam Pakistan.
Kejadian ini sekali lagi mencetuskan persoalan besar mengenai kesesuaian dan etika memelihara haiwan liar, terutama di kawasan bandar yang tiada penguatkuasaan ketat. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram