
SIKAP sabar dan prihatin seorang kakitangan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Klang, Selangor melayan pelanggan orang kurang upaya (OKU) bisu mendapat pujian ramai di media sosial.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Threads Ramani, kakitangan wanita berkenaan dilihat berkomunikasi dengan pelanggan tersebut menggunakan telefon pintar bagi memastikan urusan di kaunter berjalan lancar.
Tindakan penuh empati itu bukan sahaja memudahkan urusan pelanggan OKU terbabit, malah menggambarkan nilai kemanusiaan dan profesionalisme tinggi dalam kalangan penjawat awam.
BACA LAGI: [VIDEO] Remaja 17 tahun maut dihempap pokok ketika memancing di Ayer Baloi
BACA LAGI: Tekanan mental, beban kerja berlebihan antara punca kes penderaan kanak-kanak meningkat — Pakar
Malah sepanjang melayan pelanggan itu, dia dilihat sentiasa tersenyum serta cuba memberikan yang terbaik buat pelanggannya.
Rata-rata warga maya meluahkan rasa kagum dan memuji sikap terpuji kakitangan tersebut, malah ada yang mencadangkan agar dia diangkat sebagai pekerja contoh sektor kerajaan.
"Beginilah sepatutnya layanan terhadap golongan OKU, bukan hanya layan dengan sabar, tapi juga mencari cara terbaik untuk bantu mereka," tulis Siti.Ani.
JKPTG Klang turut menerima pujian ramai atas sikap mesra pelanggan yang ditunjukkan staf mereka, sekali gus memberi imej positif kepada jabatan berkenaan.
"Terbaik staf Pusaka Klang. Semoga terus berdedikasi dan komited dalam melaksanakan amanah," kata aisyaa.fauzi.
Semoga sikap terpuji itu dapat dijadikan teladan oleh semua penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram