[VIDEO] Remaja 17 tahun maut dihempap pokok ketika memancing di Ayer Baloi


  • Kes
  • Selasa, 15 Jul 2025

Tangkap layar video seorang remaja maut dipercayai dihempap pokok ketika memancing di Ayer Baloi, Pontian pada Selasa.

HAJAT seorang remaja lelaki berusia 17 tahun untuk menghabiskan masa memancing seorang diri berakhir tragedi apabila dia maut selepas ditimpa pokok tumbang dalam kejadian di Kampung Sanglang, Ayer Baloi dekat Pontian, Johor pada Selasa. 

Melalui perkongsian awal yang dikongsikan di WhatsApp, mangsa yan tidak didedahkan namanya sedang memancing di tepi kawasan berpokok apabila angin kuat secara tiba-tiba melanda kawasan tersebut.

"Remaja 17 maut ketika memancing seorang diri angin kuat pokok tumbang atas kepada remaja 

BACA LAGI: TERKINI: Suami ada sejarah serangan jantung ketika memandu, kereta ditemukan dalam sungai di Muar

BACA LAGI: Didakwa anjur sesi motivasi songsang di Shah Alam, Jakim siasat terperinci program eHATI

"Kejadiaan hari ini (Selasa) di Sanglang Ayer Baloi," tulis perkongsian tersebut.  

 

 

Difahamkan, sebatang pokok besar tumbang dan menghempap mangsa di kepala.

Turut tular beberapa video dan gambar mangsa yang terbaring dan sudah ditutupi dengan kain putih.

Orang awam turut dilihat mengerumuni kawasan tersebut. Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa.  

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib mengesahkan kejadian terbabit.

Katanya, polis  menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar pukul 11.30 pagi.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa berada di lokasi kejadian sebelum dipercayai dihempap oleh pokok kelapa sawit.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas dari Klinik Kesihatan Benut, Pontian” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau memberitahu, sepasukan anggota dari Balai Polis Ayer Baloi telah melakukan pemeriksaan ke atas tubuh mangsa namun tidak menemui sebarang unsur jenayah.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram