Tingkatan 6 diletakkan bawah KPT — Zambry Abdul Kadir


  • Massa
  • Khamis, 17 Jul 2025

Kerajaan kini dalam perancangan untuk menyelaraskan semua laluan pra universiti termasuk Tingkatan Enam di bawah pentadbiran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

KERAJAAN kini dalam perancangan untuk menyelaraskan semua laluan pra universiti termasuk Tingkatan Enam di bawah pentadbiran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Menurut beliau, langkah itu dijangka dilaksanakan selewat-lewatnya tahun depan atau tahun berikutnya bagi memastikan sistem pendidikan prauniversiti lebih tersusun dan bersepadu.

“Kerajaan sedang merancang untuk meletakkan semua laluan prauniversiti, termasuk Tingkatan Enam, di bawah KPT,” katanya.

BACA LAGI : [VIDEO] 'Ini Kepong aku punya', pemuda berlagak ‘abang kawasan’ mengamuk ketika operasi DBKL

BACA LAGI : [VIDEO] Remaja 17 tahun maut dihempap pokok ketika memancing di Ayer Baloi

KUALA LUMPUR, 13 Julai -- Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO 2025 Bahagian Setiawangsa di Residensi UTM hari ini.--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

Beliau berkata demikian ketika sesi bual bicara In Person with Doc Zam yang disiarkan secara langsung sempena Minggu Haluan Siswa Universiti Malaya bagi sesi akademik 2025/2026 pada Khamis.

Zambry menjawab pertanyaan seorang pelajar yang mempersoalkan mengapa program Asasi berada di bawah KPT manakala Tingkatan Enam masih dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan.

Tonton sesi penuh di YouTube:

 . — The Star/ SAMANTHA SO

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram