
KISAH seorang wanita warga Rusia yang ditemui tinggal bersama dua anak perempuannya dalam sebuah gua berhampiran hutan Gokarna, selatan India, mencetuskan pelbagai persoalan.
Wanita dikenali sebagai Nina Kutina, 40, dikatakan pernah mengembara ke lebih 20 negara sebelum ditemui pihak berkuasa India di dalam gua berkenaan.
Namanya menjadi tumpuan selepas laporan BBC mendedahkan dia pernah menjejakkan kaki ke Malaysia sebelum ini.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Ini Kepong aku punya', pemuda berlagak ‘abang kawasan’ mengamuk ketika operasi DBKL
BACA LAGI: [VIDEO] Remaja 17 tahun maut dihempap pokok ketika memancing di Ayer Baloi
Namun, sebab sebenar memilih hidup terasing dalam gua masih belum diketahui dan menjadi misteri sehingga kini.
Nina ditemui oleh pasukan polis yang menjalankan rondaan di kawasan perbukitan Ramteertha berhampiran sempadan Goa pada 9 Julai lalu.
Dia dilaporkan tinggal bersama dua anak perempuannya yang berusia enam dan lima tahun di dalam sebuah gua yang ditutupi kain sari berwarna-warni, hanya dengan keperluan asas seperti tikar plastik, pakaian, mi segera dan beberapa barangan dapur.
Polis tempatan memaklumkan kawasan itu berisiko tanah runtuh serta dihuni haiwan liar termasuk ular.
Rosjanka z dwójką małych dzieci znaleziona w jaskini na południu Indii — duchowe praktyki poszły za daleko?
40-letnia Nina Kutina przeszła na hinduizm i wraz z córkami praktykowała medytację w odległej jaskini.
Okazało się, że wiza kobiety wygasła już w 2017 roku. Rodzina ma… pic.twitter.com/r3QHwMJOjf
— NEXTA Polska (@nexta_polska) July 12, 2025
Namun, Nina menolak arahan untuk berpindah ke tempat lebih selamat.
“Binatang dan ular adalah kawan kami. Manusia yang berbahaya,” katanya kepada pihak berkuasa.
Menurut polis, Nina mendakwa dia dan anak-anaknya hanya tinggal di gua tersebut selama seminggu, selepas berpindah dari Goa. Malah, dia mengaku salah seorang anaknya dilahirkan di dalam gua di Goa.
Siasatan awal mendapati dia membeli sayur dan beberapa barangan dapur, termasuk mi segera jenama popular dari sebuah kedai berhampiran, seminggu sebelum ditemui.
Namun, tiada kepastian bagaimana dan bila dia serta anak-anaknya sampai ke kawasan hutan di Karnataka itu.
Ketika ditemubual media tempatan India, Nina mendakwa tidak lagi tinggal di Rusia sejak 15 tahun lalu.
Dia memaklumkan mempunyai empat orang anak yang mana dua bersamanya kini, seorang lelaki berusia 11 tahun berada di Rusia, manakala anak sulungnya dilaporkan meninggal dunia dalam kemalangan di Goa tahun lalu.
Pihak berkuasa pada awalnya menyangka Nina mengamalkan kehidupan spiritual selepas menemui patung dewa Hindu dalam gua tersebut, namun Nina menolak dakwaan itu.
“Kami cuma sukakan alam semula jadi. Ia lebih sihat,” katanya sambil menambah anak-anaknya gembira dan sihat sepanjang tinggal di situ.
Menurutnya, mereka berenang di air terjun, bermain tanah liat dan makan makanan yang dimasak sendiri.
“Kami tiada visa sah. Selepas kematian anak lelaki saya, saya tidak fikir tentang visa,” katanya.
रूस की ये महिला, कर्नाटक की गुफा में जिंदगी जी रही थी जहां से इसे निकाला गया। 2 बच्चे भी साथ थे।
अब Nina Kutina कह रही: मुझे जंगलों में रहने का काफी अनुभव है. मैं, बच्चों के साथ मरने के लिए वहां नहीं गई थी. मैं 20 साल से प्रकृति के बीच रहती आई हूं.
— Abhishek Anand (@TweetAbhishekA) July 14, 2025
Kini, Nina dan dua anaknya ditempatkan di pusat tahanan warga asing berhampiran Bengaluru dan dijangka dihantar pulang dalam masa terdekat.
Nina turut mengadu mengenai pusat tahanan tempat dia dan anak-anaknya ditempatkan, dengan menyifatkannya sebagai "seperti penjara".
“Kami tinggal di tempat yang sangat baik sebelum ini. Tapi sekarang kami tak boleh bersendirian. Kami tak boleh keluar. Tempat ini sangat kotor dan makanan pun tak cukup,” katanya
Siasatan mendapati Nina memasuki India menggunakan visa perniagaan dari 2016 hingga 2017 tetapi tidak keluar dari negara itu selepas tamat tempoh visa.
Dia pernah ditahan dan diberikan permit keluar oleh Pejabat Pendaftaran Serantau Warga Asing (FRRO) di Goa, sebelum memasuki Nepal dan kembali ke India sekitar tahun 2020.
Dalam perkembangan terkini, FRRO memaklumkan telah menghubungi bapa kepada dua anak perempuan Nina, iaitu ahli perniagaan warga Israel, Dror Goldstein, yang turut berada di India.
Goldstein mendakwa dia tidak diberitahu mengenai pemergian Nina dari Goa dan sudah membuat laporan polis sebelum ini.
Dia turut memohon hak penjagaan bersama serta membantah tindakan menghantar anak-anaknya pulang ke Rusia.
Setakat ini, pelbagai persoalan masih belum terjawab termasuk bagaimana Nina menyara hidup, bagaimana dia boleh tinggal bertahun-tahun tanpa dikesan, dan bagaimana dua anak kecil itu membesar dalam keadaan ekstrem.
Kisah itu mencetuskan perdebatan tentang kebebasan memilih gaya hidup, isu keselamatan kanak-kanak, serta ketegasan dalam penguatkuasaan undang-undang imigresen. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram