[VIDEO] Belum tiba ajal, ‘rider’ tercampak ke laut diselamatkan nelayan di Jambatan Pulau Pinang


  • Tular
  • Sabtu, 05 Jul 2025

Tangkap layar memaparkan mangsa (kanan) diselamatkan oleh sebuah bot nelayan selepas tercampak dari jambatan Pulau Pinang.

SEORANG penunggang motosikal nyaris maut selepas tercampak ke dalam laut akibat terlibat kemalangan di atas Jambatan Pulau Pinang, Pulau Pinang pada Sabtu. 

Menurut maklumat awal yang dikongsikan laman Facebook Penang Kini, kemalangan itu membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kenderaan lain di atas jambatan tersebut. 

Difahamkan, akibat impak pelanggaran itu, mangsa tercampak dari jambatan dan jatuh ke dalam laut, menyebabkan situasi cemas dalam kalangan pengguna jalan raya yang menyaksikan kejadian.

BACA LAGI : [VIDEO] Bekas kanibal Sumanto muncul semula, kini aktif sebagai pencipta kandungan TikTok

BACA LAGI : 'Tak pakai seksi pun masih disalahkan', Ain Husniza kecewa usaha perangi gangguan seksual diperlekeh, terima komen tak bermoral

Bagaimanapun, mangsa yang cedera berjaya diselamatkan oleh sebuah bot nelayan yang kebetulan sedang melalui kawasan perairan itu.

Tindakan pantas nelayan terbabit menerima pujian ramai apabila segera menghampiri dan menarik mangsa ke atas bot sebelum dibawa ke lokasi selamat untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Setakat ini, pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian, termasuk identiti mangsa dan punca sebenar kemalangan.

Orang awam yang berada di lokasi turut berkongsi beberapa gambar dan video di media sosial yang menunjukkan operasi menyelamat di kawasan kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram