'Tak pakai seksi pun masih disalahkan', Ain Husniza kecewa usaha perangi gangguan seksual diperlekeh, terima komen tak bermoral


  • Tular
  • Isnin, 30 Jun 2025

Ain Husniza meluahkan rasa kecewa selepas sekali lagi menjadi mangsa gangguan seksual susulan keterlibatannya memperjuangkan isu kesedaran seksual dan hak wanita. — Gambar/ Ain

AKTIVIS pelajar dan pengasas Pocket of Pink, Ain Husniza Saiful Nizam meluahkan rasa kecewa selepas sekali lagi menjadi mangsa gangguan seksual susulan keterlibatannya memperjuangkan isu kesedaran seksual dan hak wanita.

Dalam satu hantaran di laman X (Twitter) @ainhsaifulnizam, gadis berusia 21 tahun itu berkongsi pengalamannya apabila menerima cercaan serta komen berbaur lucah walaupun dia berpakaian sopan ketika ditemu bual sebuah pertal media tempatan awal Jun lalu.

Ain turut meluahkan rasa kecewa dengan segelintir warga maya yang meninggalkan komen berbaur lucah dan ayat-yat yang kurang sopan.

BACA LAGI: [VIDEO] Healing Kuala Loco curi tumpuan, tapi ramai anggap lokasi dekat HUKM tak sesuai, cetus gangguan

BACA LAGI: Bukan sekadar eksperimen media sosial, ‘Turmeric Light Trick’ boleh ancam kesihatan jika tak dikendalikan dengan betul

"Saya pun tak pakai pakaian ‘seksi’. Tapi masih disalahkan, diperlekeh dan diejek, hanya kerana bersuara," katanya.

Jelasnya lagi, dia hanya menyedari komen-komen tidak bermoral itu selepas seorang lelaki di laman TikTok wzmrzo mengecam perbuatan warga maya yang meninggalkan komen tersebut.

Lebih menjijikan lagi, wzmrzo mendakwa rata-rata komen jelik itu ditulis oleh lelaki yang sudah berusia dan merupakan ketua keluarga. 

 

 

 

Ain turut menegaskan bahawa pengalaman itu mencerminkan sebab utama kewujudan Pocket of Pink, sebuah inisiatif yang diwujudkan untuk memerangi budaya menyalahkan mangsa, memperkasa pendidikan tentang keizinan (consent), dan membina ruang selamat bagi remaja dan wanita.

"Ini sebab kenapa Pocket of Pink wujud untuk lawan victim-blaming, ajar tentang consent dan cipta ruang selamat bersama pasukan yang tak akan dibisukan," tulisnya lagi.

Perkongsian Ain itu turut mencuri perhatian warga maya dan rata-rata ramai yang memberi sokongan terhadap Ain.

Seorang pengguna, @Grscophobic001, menegur keras sikap segelintir lelaki yang tidak menjaga pandangan serta memperlekeh wanita.

Katanya, dalam Islam sudah jelas tuntutan agar lelaki menundukkan pandangan, namun masih ada yang terus-menerus mengeluarkan komen menjijikkan.

Sementara itu, @notaimannoor menyifatkan tindakan menyalahkan pakaian wanita sebagai alasan untuk menghalalkan gangguan adalah tidak masuk akal dan mencerminkan mentaliti seksis.

"Itulah lelaki, apa-apa argue pakaian dulu, ketat tak ketat. Kalau ketat kononnya automatic kau just another "dumb girl". Pastu bila kena dilabel pervert, gila seks koyak,' tulisnya.

Untuk rekod, Ain sebelum ini mencetuskan perhatian nasional apabila mendedahkan isu guru membuat jenaka rogol di dalam kelas pada tahun 2021, sekali gus membuka ruang perbincangan tentang keselamatan pelajar dan gangguan seksual di sekolah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram