[VIDEO] Bekas kanibal Sumanto muncul semula, kini aktif sebagai pencipta kandungan TikTok


  • Benua
  • Selasa, 01 Jul 2025

Sumanto tampil dengan imej baharu apabila aktif sebagai pencipta kandungan di TikTok. — Agensi

SUMANTO bukanlah nama asing di Indonesia, apatah lagi kisah silamnya pernah mencetuskan sensasi dan ketakutan dalam kalangan masyarakat lebih dua dekad lalu. 

Jika melihat pada raut wajah dan sosok tubuhnya hari ini, pasti ramai tidak menyangka lelaki itu pernah dikaitkan sebagai seorang kanibal.

Kesnya dahulu bukan sekadar membunuh, malah lebih menyeramkan apabila Sumanto dilaporkan memakan daging mangsanya sendiri atas alasan mahu menjadi kebal melalui amalan ilmu hitam. 

BACA LAGI : Remaja OKU dituduh bunuh warga emas guna cota tepi kedai runcit di Tanah Merah

BACA LAGI : 'Tak pakai seksi pun masih disalahkan', Ain Husniza kecewa usaha perangi gangguan seksual diperlekeh, terima komen tak bermoral

Perbuatan itu menggemparkan seluruh dunia dan menjadikan namanya kekal terpahat dalam sejarah jenayah paling mengerikan di rantau ini.

Kini selepas lebih 20 tahun, Sumanto tampil dengan imej baharu apabila aktif sebagai pencipta kandungan di TikTok dan turut menyertai tren popular seperti 'Dame Un Grrr'.

"Sumanto join trend ungkee unggkeeerr," tulis Sumanto di akun TikTok @sumantoofficial_ pada Isnin. 

Video berkenaan memaparkan Sumanto tampil dengan wajah ceria sambil tersenyum lebar ke arah kamera dan menari mengikut gaya selebriti TikTok yang lain.

Penampilan terkininya itu turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya terkejut melihat perubahan drastik Sumanto.

"Senyuman dia macam nak ajak makan ramai-ramai saja. Dia jadi pencipta kandungan sekarang?" tulis seorang pengguna.

"Lebih menghiburkan macam ini daripada dulu," komen seorang lagi.

"Tak kisahlah nak jadi apa pun, asalkan jangan makan daging manusia lagi," tulis seorang warganet berseloroh.

Sebelum aktif menghasilkan kandungan tular, Sumanto juga dilihat kerap memuat naik video makan dalam kuantiti besar (mukbang), antaranya hidangan sate dan pelbagai masakan tradisional tempatan.

Perkembangan itu sekali gus mencerminkan cubaan Sumanto untuk membina semula kehidupan selepas peristiwa silam yang pernah menggemparkan Indonesia. — Agensi 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram