
TAKTIK licik untuk memperdayakan seseorang sememangnya sudah kerap disaksikan di media sosial dengan mangsa sering berkongsi pengalaman menyedihkan supaya orang lain tidak mengalami situasi sedemikian.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Rinny Nazri tampil menceritakan kisah dialaminya apabila hampir mengalami kerugian ketika kedai makan miliknya didatangi pelanggan dengan niat licik.
Kejadian yang berlaku di Sandakan, Sabah itu berlaku pada Ahad lalu apabila pelanggan difahamkan berusia sekitar lingkungan 50-an berkenaan cuba memperdayakannya ketika urusan pertukaran wang.
BACA LAGI: Polis Johor sahkan bekas suami Kim Seri ditahan, disiasat susulan scam pelancongan ke Korea
BACA LAGI: [VIDEO] Bil pesanan ikan bakar, 'shellout' nak cecah RM2,000 tapi scam 'transfer' satu sen
Menurut info dari rakan terdekat, dakwa Rinny, warga emas terbabit juga dikatakan selalu minta tukar duit pecah di mana-mana kedai sekitar Sandakan selama ini.
"Pakcik ni tapau makanan dan harga makanannya hanya RM10 dan duit diberikan adalah RM100. Staf yang layan pakcik ni cakap mula-mula dia berikan RM200, jadi sedikit kurang senang dengannya.
"Pakcik terus ke kaunter macam yang kamu boleh saksikan dalam video. Jadi, saya beri wang baki RM90 (RM50 sekeping, RM10 ada dua keping dan RM20 sekeping) dan jelas dalam video RM50 tu saya letak di belakang.
"Duit dia yang RM100 tu saya tidak masukkan dalam laci duit, tetapi saya tukar dengan duit yang ada dalam dompet saya kerana kebetulan ada RM50 sekeping, RM20 sekeping dan RM10 ada 3 keping. Ini yang buat saya ingat betul saya ada bagi pakcik itu duit RM50 sekeping," katanya.
Jelasnya lagi, lelaki berusia tersebut turut bertindak mengelirukan keadaan apabila cuba mengajak pemilik kedai berkenaan untuk berbual kosong, namun pada masa sama, dia memulakan langkah liciknya.
Dalam video tersebut, kelihatan pelanggan itu menyembunyikan sekeping RM50 daripada baki diterima dan disorokkan di celahan seluar ketika wanita di kaunter menyimpan wang di dalam mesin daftar tunai.
Lelaki tersebut menyatakan baki diterima adalah kurang RM50 daripada jumlah sepatutnya. — Agensi
"Bila saya sudah bagi balance dia rancak bercerita dengan saya mengenai makanan yg halal dan haram, saya pun layankan saja sebab customer dan hormat juga sebab dia orang yang lagi tua dari saya.
Menyedari taktik liciknya berhasil, lelaki terbabit menyatakan baki diterimanya tidak mencukupi dengan menyatakan dia hanya menerima RM45 berbanding RM90 yang sepatutnya diterima.
"Ketika dia mahu beredar, pura-pura dia mengira duit baki itu dan ketika melihat not kertas paling belakang adalah RM5, dia kata baki dipulangkan adalah tidak mencukupi.
"Pada awalnya, saya berfikiran positif dengan beranggapan kemungkinan duit itu tertinggal dalam dompet. Tetapi, ketika saya periksa, tiada duit RM50 kerana kebetulan dalam dompet, hanya ada sekeping RM50.
"Selepas itu, saya buka mesin untuk lihat jika ada terselit kerana saya masih ingat berapa keping RM50 ada di dalamnya. Jadi, saya meminta pakcik itu untuk tunggu sebentar dan mengambil telefon supaya boleh cek rakaman kamera litar tertutup (CCTV)," katanya.
Tindakan pemilik restoran tersebut untuk menyemak rakaman membuatkan pelanggan itu cemas, sekali gus menyatakan RM5 yang dihulurkan sebelum itu adalah untuk ditukar kepada not RM1.
Dia sekali lagi meminta untuk memecahkan wang miliknya dengan berkongsi kepingan RM50 yang diberikan pemilik kedai sebagai baki kepada nilai lebih kecil sebelum beredar dari restoran terbabit.
Daripada perkongsian pemilik Facebook itu, jelas bahawa dia tidak mengalami sebarang kerugian dengan setiap gerak-geri dan taktik licik dilakukan pelanggan terbabit disedari.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan sama ada individu tersebut sudah ditahan meskipun orang ramai menyatakan kelakuan sedemikian pernah dibuat sekitar daerah itu sebelum ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram