[VIDEO] Padah pinjamkan MyKad untuk kawan 'sign' kontrak pelan telefon, nama 'blacklist', penipuan identiti boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun


  • Maya
  • Jumaat, 27 Jun 2025

Kad pengenalan diri tidak digalakkan untuk diserahkan atau dikongsi kepada kenalan rapat. — Gambar hiasan

ORANG ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada menjaga barang peribadi termasuk kad pengenalan diri (MyKad) bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kad pengenalan juga tidak seharusnya digunakan secara melulu atau diserahkan kepada mana-mana individu, organisasi ataupun teman rapat.

Kecuaian sedemikian secara tidak langsung boleh mengundang pelbagai risiko termasuk penipuan identiti.

BACA LAGI: Harga cecah RM40 sekilo, tanaman halia di Kota Tinggi bantu golongan kurang pendapatan miliki pekerjaan

BACA LAGI: [VIDEO] 'Cinta antara benua', renyah jual nasi lemak, roti popular Hungary 'ikut tekak' orang kampung akhirnya buka pintu rezeki di Perak

Berdasarkan perkongsian sebuah firma guaman, Lawyers of Malaysia (HWAM), penggunaan kad pengenalan milik individu lain bagi tujuan mendaftar pelan telefon pintar pascabayar atau membeli peranti berserta kontrak merupakan satu bentuk kesalahan sivil dan jenayah.

"Tindakan seperti ini bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh menyebabkan mangsa terpaksa menanggung kerugian.

"Apa akan berlaku adalah nama mangsa akan disenarai hitam.

"Individu yang disaman pula akan dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan penipuan dan penyamaran identiti di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau kedua-dua sekali," jelasnya.

Justeru, pihaknya menasihatkan agar tidak berkongsi atau menyerahkan dokumen pengenalan diri kepada orang lain walaupun kenalan rapat.

Mangsa bagaimanapun boleh melaporkan kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk tindakan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram