SEORANG pengusaha kedai makanan mendedahkan dia hampir menjadi mangsa penipuan atau scam individu tidak bertanggungjawab selepas pihak terbabit menghantar resit pembayaran makanan tidak sah kepadanya.
Menerusi perkongsian Shakirahkyra_nib di media sosial miliknya, dia menunjukan perbualan bersama individu tidak dikenali itu menerusi aplikasi WhatsApp.
Shakirah yang mengusahakan premis restoran dipercayai di Kulim, Kedah itu hampir menjadi mangsa penipuan selepas individu terbabit hanya membuat pembayaran sebanyak satu sen ke dalam akaunnya.
BACA LAGI: Suami isteri maut terlibat kemalangan ketika konvoi motosikal di Thailand
BACA LAGI: 'Kapten Marvel' antara 6 pemain ex Liga M di SCL 2024 boleh bantu KRW FC gegar Liga A1 Semi-Pro
Individu tersebut yang memesan pakej makanan bernilai RM1,729.50 itu menghantar resit palsu selepas membuat pembayaran secara atas talian.
Shakirah juga mengingatkan agar orang ramai di luar sana sentiasa berhati-hati dengan individu seperti itu yang tidak mahu membayar harga dipesan olehnya.
Manakala dalam ruangan komen, ada pengguna media sosial lain mendedahkan bahawa individu yang menggunakan nama Irsyad Iskansar itu merupakan seorang scammer.
"Irsyad Iskansar Abdul Rajak, check dalam sistem dan disahkan oleh PDRM. Apa yang boleh saya cakap status dia ditulis sebagai scammer," kata Ezany Aziz.
"Dia dah biasa buatlah itu, apa tujuan dia scam pemilik restoran ini? Nak makan percuma," luah Iamzade.
"Dah 2025 ada lagi manusia cuba nak makan cara haram macam ini, tak takut jadi darah daging?" soal Muhammad Azlan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram